Demi Wang Bantuan, Mangsa Banjir Terpaksa Beratur Panjang Hampir 2 Jam
Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam diserbu mangsa banjir untuk mendapatkan Bantuan Wang Ihsan (BWI) dan Bantuan Selangor Bangkit (BSB).


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Banjir yang berlaku di Selangor pada Disember tahun lalu sememangnya memberi kesan kepada mangsa kerana segala harta benda tidak sempat diselamatkan. Ketika itu, nyawa lebih penting.
Tidak dinafikan, ramai yang terjejas dan segala barang di dalam rumah habis musnah dan rosak.
Prihatin dengan nasib mangsa banjir, kerajaan telah menyediakan Bantuan Wang Ihsan (BWI) dan Bantuan Selangor Bangkit (BSB) kepada mereka yang terkesan.
BACA JUGA: Tak Berpindah Ke PPS? Ini Cara Untuk Anda Juga Terima Bantuan Wang Ihsan (BWI)

Terpaksa beratur lebih dua kilometer
Kira-kira 1,000 mangsa banjir telah menyerbu Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Kemuning Seksyen 32 bermula semalam (22 Februari) bagi mendapatkan bantuan BSB dan BWI yang disediakan oleh kerajaan.
Walaupun waktu operasi pemberian bantuan bermula pada jam tiga petang, tetapi orang ramai dilihat telah mula beratur sejak jam satu tengah hari.
Keadaan itu telah menyebabkan lokasi tersebut sesak dengan orang ramai dan mereka terpaksa beratur hampir dua kilometer bagi menunggu giliran memasuki dewan.

Salah seorang penerima bantuan dari Kampung Lombong Seksyen 29 iaitu Faizal Abdul Halim berkongsi pengalaman kepada media tempatan apabila terpaksa beratur selama dua jam kerana ramai yang datang serentak sebelum jam tiga petang.
Penduduk dari Kampung Jawa, Shah Alam iaitu Norhafizah Shaari dalam masa yang sama meluahkan rasa syukur selepas menerima bantuan RM2,000 meskipun terpaksa beratur panjang lebih daripada 50 meter.
Rancang masa untuk elak beratur panjang
Menurut Pegawai Daerah Klang Mohd Faizal Abdul Raji, pihaknya memaklumkan proses pemberian bantuan bermula pada jam 3.00 petang sehingga 8.30 malam.
Setiap penerima bantuan juga telah diberikan tarikh tertentu untuk menuntut bantuan tersebut.

Pemberian bantuan tersebut akan berjalan sehingga Jumaat ini (25 Februari) dalam tempoh lima jam setengah iaitu sehingga 8.30 malam bagi memudahkan mereka mengambil bantuan selepas tamat waktu bekerja.
Penerima bantuan tak perlu datang dan beratur terlalu awal. Jangan risau, wang bantuan disediakan secukupnya untuk semua penerima, iaitu kira-kira 3,000 penerima sehari.
Pegawai Daerah Klang Mohd Faizal Abdul Raji.
Jadi untuk kesemua penerima bantuan, rancanglah masa anda dengan baik supaya tidak perlu beratur panjang di bawah terik matahari atau hujan lebat.
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.