Now Reading
Resort Salang Sayang ‘Diserbu’ Pelajar SPM Gara-gara Keliru Ketika Ujian Mendengar

Resort Salang Sayang ‘Diserbu’ Pelajar SPM Gara-gara Keliru Ketika Ujian Mendengar

Tiba-tiba Resort Salang Sayang jadi popular disebabkan pelajar SPM 2021.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Baru-baru ini, pelajar tingkatan lima yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 telah dijadualkan untuk menduduki ujian mendengar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Namun gara-gara keliru dengan sebutan jurucakap ketika ujian tersebut, segelintir pelajar SPM telah menyerang sebuah pusat peranginan di Pahang iaitu Resort Salang Sayang.

Ada di antara mereka yang telah ‘menyerang’ halaman Google pusat peranginan itu dan memberi ulasan (review) yang kurang menyenangkan. Siap bagi satu per lima bintang walaupun mereka tidak pernah berkunjung ke sana.

Ada juga yang bagi cadangan supaya pusat peranginan itu ditutup buat sementara waktu.

Tindakan sesetengah pelajar itu seolah-olah ingin menyalahkan kewujudan pusat peranginan itu yang menyebabkan mereka hilang satu markah dalam ujian mendengar.

Bukan setakat menyerang di Google Review, malah laman Instagram Resort Salang Sayang juga diserbu, siap disuruh tukar nama lagi.


Jangan bersikap tidak matang

Tindakan yang tidak sewajarnya dilakukan oleh sesetengah pelajar itu turut mendapat kritikan netizen di media sosial.

Kesian Resort Salang Sayang. Tiba-tiba rating jatuh tanpa sebab.


Resort Salang Sayang tenang je

Disebabkan ujian mendengar tersebut, Resort Salang Sayang menjadi perhatian di media sosial kerana pelajar SPM 2021.

Peka dengan apa yang berlaku, pusat peranginan itu dilihat hanya menenangkan pelajar-pelajar tersebut dan memberi ucapan semangat buat mereka menerusi IG Story yang dimuat naik di laman Instagram Salang Sayang Resort.

Bagus betul, inilah yang dikatakan respons matang apabila keburukan dibalas dengan kebaikan.


Untuk adik-adik yang geram tak dapat menjawab dengan betul ketika ujian mendengar baru-baru ini, tak apa.

Nanti waktu ujian menulis buat betul-betul okay? Ada peluang lagi nak dapatkan semula satu markah yang mungkin hilang gara-gara Resort Salang Sayang itu.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd