Now Reading
Kanak-kanak Lelaki Terperangkap Dalam Perigi Di Afghanistan Meninggal Dunia

Kanak-kanak Lelaki Terperangkap Dalam Perigi Di Afghanistan Meninggal Dunia

Perigi tersebut dikatakan berkedalaman 24 meter dan Haidar dilaporkan terperangkap pada kedalaman 10 meter.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Misi menyelamat seorang kanak-kanak lelaki bernama Haidar yang terperangkap di dalam sebuah perigi di wilayah Zabul, selatan Afghanistan sedang giat dilakukan sejak Selasa lalu (15 Februari).

Perigi tersebut dikatakan berkedalaman 24 meter dan Haidar berusia sembilan tahun itu dilaporkan terperangkap pada kedalaman 10 meter.

Menerusi laman Twitter Setiausaha Timbalan Perdana Menteri Afghanistan Abdullah Azzam, beliau memaklumkan bahawa kanak-kanak tersebut telah tersangkut di bawah batu.

Pasukan penyelamat dengan bantuan mesin jentolak berusaha untuk cuba membelah batu tersebut. Namun, risau sekiranya akan terkena pada mangsa.

Misi menyelamat diteruskan pada hari keempat

Menurut laporan, setakat ini Haidar masih menyedarkan diri selepas keperluan seperti makanan dan minuman telah diberikan kepadanya melalui seutas tali.

Keadaan Haidar juga dipantau melalui rakaman video menggunakan tali yang dimasukan oleh pasukan penyelamat ke dalam perigi berkenaan.

Melalui video, kita dapat perhatikan Haidar masih boleh menggerakkan tangan dan bahagian atas tubuhnya.

Twitter Setiausaha Timbalan Perdana Menteri Afghanistan Abdullah Azzam.

Selepas lebih 72 jam misi menyelamat dilakukan, Haidar masih tidak berjaya dikeluarkan.

Namun, Abdullah Azzam memaklumkan Haidar kini sudah beberapa meter sahaja daripada jentera yang sedang menggali tanah.

Dua helikopter serta ambulans juga sudah bersiap sedia sekiranya Haidar berjaya diselamatkan.

Namun baru-baru ini, Haidar dilaporkan telah meninggal dunia pada Jumaat (18 Februari). Perkara tersebut juga dimaklumkan oleh Abdullah Azzam di laman Twitter miliknya.

Sebelum ini, kes yang sama pernah terjadi melibatkan seorang kanak-kanak bernama Rayan. Malangnya, dia dilaporkan meninggal dunia selepas lima hari terperangkap di dalam perigi.

BACA JUGA: Perdana Menteri Malaysia Ucap Takziah Kepada Keluarga Rayan


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd