Now Reading
Anak Warga Emas Perjelas Perkara Sebenar Insiden Myvi Rempuh Kubur

Anak Warga Emas Perjelas Perkara Sebenar Insiden Myvi Rempuh Kubur

Warga emas yang memandu Myvi berkenaan telah pengsan akibat tekanan gula rendah dalam badan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Netizen agak terkejut dan marah selepas melihat gambar Perodua Myvi berwarna merah yang telah merempuh beberapa batu nisan di kawasan tanah perkuburan semalam (17 Februari).

Kejadian didakwa berlaku di Tanah Perkuburan Islam Forest Heights di Senawang sekitar jam 10 pagi.

Menurut Berita Harian, kereta itu dipandu oleh seorang wanita berusia 60 tahun yang pengsan selepas menziarahi kubur arwah suaminya.

Anak lelakinya, Syafiq Sidek telah memuat naik di media sosial permohonan maaf kepada semua yang terjejas dan menjelaskan perkara sebenar.

Ibunya dilaporkan mengalami hipoglisemia akibat diabetes dan pengsan sewaktu memandu kerana mempunyai kandungan gula yang rendah. Kebetulan pula pada hari berkenaan dia sedang berpuasa.

Dia secara tidak sengaja terpijak pada pedal pemecut kereta selepas pitam ketika melakukan u-turn. Nasib menyebelahi wanita tersebut selepas dia didapati tidak mengalami sebarang kecederaan tetapi telah menyebabkan kerosakan kecil tanah perkuburan.

Syafiq berkata ibunya masih dalam kesedihan dan trauma selepas kehilangan suami tercinta pada Ogos lalu akibat Covid-19.

Saya harap semua orang berhenti sebarkan tentang isu ini. Semua orang dalam keluarga sudah sedaya upaya untuk menyokong ibu kami.

Syafiq Sidek menerusi Facebook

Dia juga berjanji akan membantu ahli keluarga yang lain untuk membaiki batu nisan yang rosak di tanah perkuburan tersebut.

Menurut Berita Harian, Syafiq sudah memaafkan individu yang mengecam ibunya di Facebook kerana mungkin mereka tidak mengetahui kisah sebenar yang berlaku.

Syafiq berterima kasih kepada pihak media dan polis kerana telah melaporkan kejadian sebenar. Menurutnya lagi, pihak yang menyebarkan fitnah dan tidak benar tentang ibunya akan disiasat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd