Now Reading
Angkara Bawa Anak Kecil Buat Aksi ‘Wheelie’, Bapa Kini Ditahan Polis Johor

Angkara Bawa Anak Kecil Buat Aksi ‘Wheelie’, Bapa Kini Ditahan Polis Johor

Anak kecil itu juga kelihatan cemas ketika bapanya melakukan aksi ‘wheelie’ tersebut.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Boleh dikatakan setiap kanak-kanak ada perangai berbeza. Ada yang jenis nakal dan suka buat aktiviti ‘mencabar’.

Boleh tahan ‘mencabar’ kesabaran ibu bapa juga nak melayan kerenah mereka.

Tapi, jarang kita tengok kejadian sebaliknya berlaku apabila ibu bapa yang ‘buat hal’ sehingga boleh mengugat keselamatan anak-anak.

Mungkin ada ibu bapa yang kurang peka dan masih bersikap tidak matang seperti video yang tular baru-baru ini.

BACA JUGA: Pemandu Ditahan Selepas Biarkan Kanak-kanak Buat Aksi Bahaya

Buat aksi bahaya dengan anak kecil

Menerusi perkongsian video di laman Facebook Inforoadblock, kelihatan seorang lelaki memakai kain pelikat bersama anak perempuannya yang masih kecil sedang menaiki sebuah motosikal di jalan raya.

Dalam video berkenaan, lelaki tersebut seolah-olah dicabar untuk membuat aksi ‘wheelie’.

Pada awalnya, cabaran itu ditolak kerana risau membawa anak kecilnya. Tetapi tidak lama kemudian, dia dilihat menyahut cabaran untuk membuat aksi bahaya tersebut selepas beberapa kali ‘dihasut’.

Yang merisaukan lagi adalah apabila lelaki tersebut bersama anak kecilnya tidak memakai topi keledar.

Kanak-kanak yang berada di raga motosikal jenis Honda EX-5 itu juga kelihatan cemas dan takut ketika aksi itu dilakukan. Kami yang tengok video itu pun cemas juga.

Namun, video berkenaan difahamkan telah dipadam oleh pemiliknya di Facebook.

Netizen geram bapa ikut cakap kawan

Video tersebut membuatkan ramai yang tidak senang hati. Walaupun bukan ahli keluarga mereka tetapi aksi itu sememangnya membahayakan nyawa.

Tak boleh bayangkan kalau tiba-tiba perkara buruk yang terjadi ketika sedang leka melakukan aksi ‘wheelie’ tersebut. Kita pula yang meremang bulu roma.

Bapa ditahan pihak polis

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara Asisten Komisioner Rupiah Abd Wahid memaklumkan pihaknya telah menahan lelaki tersebut dan disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jika didapati bersalah, lelaki berkenaan boleh dipenjara sehingga lima tahun dan didenda minimum RM5,000 dan juga tidak melebihi RM15,000.

Dalam kes ini, tiga saman turut dikeluarkan termasuk kerana nombor pendaftaran kenderaan tidak mengikut spesifikasi, cukai jalan tamat tempoh dan tidak memakai topi keledar.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara Asisten Komisioner Rupiah Abd Wahid.

Sebagai ibu bapa, kita sepatutnya menunjukkan contoh dan teladan yang baik kepada anak-anak.

Jangan pula disebabkan terlalu sibuk mengejar populariti di media sosial sehingga sanggup mengabaikan keselamatan anak-anak.

Pesanan ringkas, jadilah ibu bapa yang bijak okay?


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd