Now Reading
Pihak Masjid Tawar Basikal Percuma Untuk Kanak-Kanak Lengkap Subuh Berjemaah Selama 40 Hari

Pihak Masjid Tawar Basikal Percuma Untuk Kanak-Kanak Lengkap Subuh Berjemaah Selama 40 Hari

Program Subuh Istiqamah 40 Hari ini menyasarkan golongan kanak-kanak 13 tahun ke bawah.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Ibadah solat diwajibkan kepada semua umat beragama Islam yang sudah baligh. Nabi Muhammad SAW menganjurkan umat Islam untuk mendidik anak mendirikan solat ketika berusia tujuh tahun.

Dan jika mereka enggan bersolat pada usia 10 tahun, dibenarkan untuk memukul dengan ringan sebagai pengajaran.

Walaupun mereka masih belum baligh, tapi tidak salah untuk mula mendidik mereka sejak kecil lagi.

Galakan dan dorongan juga penting bagi memberikan mereka semangat menjalankan ibadah solat.

Boleh dapat basikal percuma

Baru-baru ini, sebuah masjid di Melaka iaitu Masjid Nur As-Sa’adah telah menganjurkan program kepada generasi muda untuk mengalakkan mereka bersolat jemaah.

Menerusi program Subuh Istiqamah 40 Hari, golongan kanak-kanak dan juga remaja dipupuk untuk melaksanakan solat Subuh berjemaah di masjid mengikut tempoh yang ditetapkan.

Mereka yang dapat mengikuti program ini sehingga selesai akan diberikan ganjaran basikal secara percuma.

Sumber: Cari Destinasi

Selain itu, mereka yang memenangi basikal tersebut akan dipilih sebagai sukarelawan dan duta masyarakat bagi mengajak lebih ramai golongan dewasa ke masjid.

Imam II Masjid Nur As-Sa’adah iaitu Mohd Noor Omar berusia 58 tahun memaklumkan pihak mereka telah menyediakan 40 buah basikal berharga RM20,000 sebagai usaha untuk memupuk golongan muda ke tempat ibadah ini.

Memang setiap ibadat perlu dilakukan dengan iklas. Tetapi ini merupakan salah satu inisiatif kami bagi menarik minat dan memotivasikan anak-anak bersolat jemaah di masjid.

Imam II Masjid Nur As-Sa’adah Mohd Noor Omar.

Program yang menyasarkan golongan kanak-kanak 13 tahun ke bawah ini telah bermula sejak 9 Februari lalu dan akan berakhir pada 20 Mac 2022.

Sumber: Berita Harian

Sambutan yang mengalakkan

Idea yang datang daripada Pengerusi Masjid Nur As-Sa’adah Datuk Amzah Osman ini telah mendapat sambutan positif daripada masyarakat setempat.

Agak terharu juga saya apabila program ini mendapat sambutan menggalakkan. Sehingga kini, kami telah mengedarkan hampir 100 kad kepada jemaah kanak-kanak dan remaja. Mereka perlu mendapatkan cop daripada petugas masjid selepas solat subuh setiap hari.

Pengerusi Masjid Nur As-Sa’adah Datuk Amzah Osman.

Program ini bukan sahaja mendapat sambutan daripada golongan kanak-kanak, malah ada juga yang mahu menyumbang basikal sehingga 40 buah.

Tidak cukup sekadar itu, ada juga pihak yang sanggup menghadiahkan dua buah motosikal untuk diberikan kepada golongan dewasa untuk program akan datang.

Sumber: Berita Harian

Inisiatif yang cukup bagus untuk mengalakkan anak muda bersolat jemaah di masjid. Mungkin pada awalnya objektif mereka untuk dapatkan basikal, tapi mana tahu selepas 40 hari mereka akan terbiasa dan mula istiqamah.

Harapnya akan ada lebih banyak program seperti ini dilakukan bagi memupuk generasi muda mengimarahkan masjid, lebih-lebih lagi ketika waktu Subuh.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd