Now Reading
Jururawat Tepis Tuduhan Suntik Vaksin ‘Kosong’ Pada Anak Bongsu KJ

Jururawat Tepis Tuduhan Suntik Vaksin ‘Kosong’ Pada Anak Bongsu KJ

Wujud dakwaan katanya jururawat itu menyuntik ‘angin’ kepada anak lelaki Khairy Jamaluddin.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Bermula 3 Februari lalu, kerajaan telah melancarkan Program Imunisasi Covid-19 Kanak-kanak (PICKids) bagi mereka berumur lima hingga bawah 12 tahun.

Melalui program tersebut, kanak-kanak akan mula diberikan dua dos suntikan vaksin Pfizer dengan sela masa lapan minggu daripada tarikh menerima dos pertama.

Sehingga kini, lebih 60,000 orang kanak-kanak dilaporkan telah menerima dos suntikan vaksin sejak dilancarkan pada awal Februari lalu.

Antara yang turut mengambil dos vaksin berkenaan adalah anak bongsu kepada Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin pada Ahad lalu (13 Februari).

Jururawat dituduh suntik angin

Namun, wujud pula dakwaan tidak berasas daripada netizen yang menuduh jururawat berkenaan membuang cecair ke tepi dan hanya menyuntik ‘angin’ ke dalam tubuh badan anak bongsu Khairy.

Sesetengah netizen membuat tuduhan tersebut di ruangan komen video yang dimuat naik di Facebook JKJAV.

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Jururawat jelaskan perkara sebenar

Selepas pelbagai tuduhan dilemparkan, jururawat berkenaan tampil menepis dakwaan tersebut dan memberi penjelasan sebenar.

Menurutnya, dia melakukan suntikan tersebut sama sahaja seperti prosedur yang dijalankan terhadap kanak-kanak lain.

Demi Allah saya tak ada langsung keluarkan vaksin daripada picagari tersebut. Semuanya masuk ke dalam tubuh badan kanak-kanak itu.

Jururawat.

Jururawat tersebut juga menjelaskan prosedur bagi menyuntik vaksin memerlukan mereka untuk menarik sedikit udara ketika jarum dimasukkan ke dalam tubuh badan. Ini bagi memastikan vaksin tersebut tidak termasuk ke dalam saluran darah.

Saya memang akan tunjukkan kandungan picagari sebelum dan selepas memberi suntikan kepada ibu bapa kanak-kanak. Kemudian, saya akan asingkan ke tepi sebelum menampal plaster pada lengan kanak-kanak.

Jururawat.

Dalam pada masa yang sama, jururawat berkenaan meminta orang ramai untuk tidak membuat sebarang tuduhan secara melulu tanpa sebarang bukti.

Malah, dia juga pastinya ingin menjalankan tanggungjawab dengan baik dan selancar yang mungkin untuk memberi keselesaan kepada setiap kanak-kanak.

Tolonglah jangan tuduh yang bukan-bukan. Siasat dahulu sebelum nak menghukum seseorang kononnya nanti saya kena menjawab di akhirat. Saya sedaya upaya menjalankan tugas dengan baik.

Jururawat.

Kalau tak ada bukti, lebih baik jangan buat tuduhan yang bukan-bukan kepada orang lain. Seperti apa yang dikatakan oleh jururawat tersebut, siasatlah terlebih dahulu sebelum membuat sebarang dakwaan.

Kalau tak mahu anak anda ambil vaksin, terpulanglah. Tapi jangan pula sehingga membuat pelbagai tuduhan dan mempengaruhi orang lain.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd