Now Reading
Inovasi Simpan Buku Dalam Kotak Boleh Kurangkan Beban Murid. Praktikal Juga!

Inovasi Simpan Buku Dalam Kotak Boleh Kurangkan Beban Murid. Praktikal Juga!

Idea ini dapat mengurangkan beban murid dari terpaksa membawa beg sekolah yang berat setiap hari.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Kebanyakan sekolah masih menggunakan buku sebagai bahan pembelajaran mereka ketika kelas fizikal di sekolah.

Jadi, ada sesetengah murid seperti tahun satu dan dua terpaksa menggalas beg berat gara-gara membawa jumlah buku yang banyak. Kita yang tengok pun kesian.

Prihatin dengan anak-anak didik, ada juga guru yang memberi cadangan supaya kelas bagi murid darjah satu dan dua diletakkan di tingkat bawah bagi mengurangkan beban mereka.

BACA JUGA: Guru Beri Cadangan Letak Bilik Darjah Tahun 1 & 2 Di Tingkat Bawah

Tiada lagi isu beg berat

Baru-baru ini, salah satu penyelesaian lain bagi mengatasi masalah isu beg berat dalam kalangan murid sekolah telah dikongsikan di media sosial.

Caranya adalah dengan menyediakan kotak simpanan atau storage box dan diletakkan di sebelah meja setiap murid di dalam kelas.

Inisiatif ini agak praktikal juga untuk murid-murid sekolah kerana mereka tidak perlu lagi membawa balik buku yang tidak diperlukan.

Senang kata, buku sesuatu subjek itu hanya dibawa balik sekiranya mempunyai kerja rumah yang perlu diselesaikan.

Dalam pada masa yang sama dapat mengelakkan masalah terlupa untuk membawa buku.

Ada baik dan buruknya pula

Inovasi ini agak baharu di dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Rata-rata netizen dilihat memberi pendapat dan pandangan peribadi tentang inovasi ini untuk mengurangkan beban murid. Ada yang setuju, ada yang tak.


Nak sediakan loker besi di setiap kelas memerlukan kos yang agak tinggi. Jadi, idea ini sebenarnya salah satu inisiatif yang boleh digunakan dan ditambah baik.

Mungkin ramai yang risau sekiranya buku-buku yang ditinggalkan akan hilang kerana dicuri oleh murid lain. Kalau risau, boleh juga letak kunci mangga sebagai alternatif.

Tak kisahlah macam mana sekali pun, yang penting dapat ringankan beban murid daripada terpaksa bawa beg sekolah yang berat setiap hari.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd