Now Reading
Scammer LHDN Tukar Taktik Guna Nombor Telefon Pejabat. Hati-hati!

Scammer LHDN Tukar Taktik Guna Nombor Telefon Pejabat. Hati-hati!

Taktik terbaharu mereka adalah dengan menggunakan nombor telefon pejabat +603.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Daripada dulu sampai sekarang, jenayah scam ini tidak pernah berhenti. Ada sahaja taktik mereka untuk mencari mangsa.

Antara jenayah penipuan yang berlaku pada awal tahun ini adalah apabila ada individu menyamar sebagai staf Shopee dan menawarkan kerja serta memaklumkan mangsa telah memenangi cabutan bertuah.

BACA JUGA: Shopee Nafi Tawar Pekerjaan Menerusi SMS, Jika Anda Terima Bererti Ianya Scam

Taktik terbaharu scammer LHDN

Baru-baru ini, satu lagi taktik terbaharu oleh scammer apabila mereka menggunakan nombor telefon pejabat yang bermula dengan +603 dan ‘berlakon’ sebagai pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Untuk membuatkan mangsa lebih mudah percaya, nombor tersebut juga memberitahu lokasi mereka yang berada di Putrajaya. Bukan itu sahaja, mereka siap menggunakan suara operator pula tu.

Seorang pengguna Twitter (Audra) yang mendapat panggilan daripada scammer berkenaan telah menghantar mesej kepada pihak LHDN untuk mengesahkan nombor telefon tersebut.

Pihak LHDN memaklumkan nombor tersebut adalah palsu. Take note okay dengan nombor scammer di bawah.

Ramai rupanya yang dapat panggilan dari ‘LHDN’

DISCLAIMER: Penulis sendiri pun dapat panggilan daripada mereka. Nasib baik tak terpedaya. Ceh!

Rupa-rupanya, ramai juga yang mendapat panggilan daripada scammer ini. Nasib baik masyarakat kita sekarang sudah makin bijak untuk tidak mudah percaya dengan taktik penjenayah ini.

Cara untuk kesan scammer

Ada juga yang berkongsi tips untuk kesan nombor scammer. Antaranya:

1. Muat naik truecaller

Aplikasi truecaller ini boleh dimuat turun di Google Playstore dan Apple Store.

2. Minta nombor cukai

Seorang lelaki yang bekerja di LHDN memaklumkan salah satu cara untuk mengesan scammer atau tidak adalah dengan meminta nombor cukai.

3. Buat semakan di laman web Jabatan Siasatan Jenayah Komersial

Anda juga boleh buat semakan maklumat menggunakan nombor telefon, kad pengenalan atau akaun bank di laman web ini.

Ingat, jangan sewenang-wenangnya beri maklumat diri terutamanya nombor kad pengenalan dan kad bank kepada scammer.

Walau apa taktik sekali pun yang scammer guna, anda jangan mudah terpedaya. Semak dulu dengan pihak berwajib untuk dapatkan pengesahan.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd