Now Reading
Ibu Terkejut Baca Surat Cinta Anak Perempuan Darjah 3. Ada Unsur Lucah!

Ibu Terkejut Baca Surat Cinta Anak Perempuan Darjah 3. Ada Unsur Lucah!

Bila tengok dalam surat cinta tersebut, memang terkejut ibu bapa budak itu sebab ada lukisan mereka tidur bersama atas katil.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Sebagai ibu bapa, kita perlu ajar anak-anak kita tidak kiralah lelaki atau perempuan untuk menjaga kehormatan dan keselamatan diri.

Lebih-lebih lagi pada zaman teknologi ini apabila semuanya boleh didapati di hujung jari dengan adanya internet.

Ibu bapa juga disarankan untuk memantau apa yang anak kita tengok di telefon mereka. Risau kalau mereka terdedah dengan unsur-unsur yang tidak baik.

Surat cinta dari murid lelaki

Begitu juga dengan kisah dikongsikan oleh seorang ibu di TikTok (Kaklong) ketika anak perempuannya yang baru memasuki darjah tiga menerima surat cinta dari rakan lelaki sekelasnya bernama Anaqi.

Pada muka surat pertama dan kedua surat itu agak biasa apabila ada tulisan ‘Anaqi ❤️ Mia’, tetapi apa yang mengejutkan ibu bapa Mia adalah pada halaman ketiga.

Macam mana tak terkejut? Tiba-tiba ada dua buah lukisan yang agak tidak senonoh dilukis dan salah satunya adalah gambar Mia dan Anaqi tidur bersama di atas katil.

Lapor pada guru kelas

Terkejut dengan apa yang diterima oleh anaknya itu, wanita berkenaan terus melaporkan perkara tersebut kepada guru kelas dengan harapan murid lelaki berkenaan dipantau dan diberi nasihat.

Ibu kepada Mia juga difahamkan telah meminta guru berkenaan untuk memaklumkan perkara ini kepada ibu bapa Anaqi.

https://www.tiktok.com/@ammi.miazill_kaklong/video/7062611016575700251?_d=secCgwIARCbDRjEFSADKAESPgo84oNw7IBFYZAJ1JIutGQv8vwPwY2iyqSsLexHxY0SE%2B%2BIqQJRtBDIDEhT1Yjd4jAuUOCeOu7OacOknfUDGgA%3D&language=en&mid=6586947002464996102&preview_pb=0&region=MY&sec_user_id=MS4wLjABAAAAa_hh6v7G2oCusF2n192FK6rrtp67ajV1mHThZtwputHJGlitL8ZaFUTGoHq8XHNJ&share_app_id=1180&share_item_id=7062611016575700251&share_link_id=c365401e-e5fa-4659-b362-7dabc92f26ee&source=h5_t&timestamp=1644543135&u_code=dbg7j3706lab9c&user_id=6809102996343342081&utm_campaign=client_share&utm_medium=android&utm_source=copy&_r=1

Netizen pun risau sekali

Rata-rata netizen di ruangan komen video berkenaan meluahkan rasa risau apabila murid lelaki itu berfikiran ‘kotor’ walaupun umurnya baru sahaja sembilan tahun.


Sebab itu pentingnya ibu bapa untuk beri pendidikan kepada anak-anak sejak kecil kecil lagi. Risau kalau mereka terdedah dengan perkara yang tidak baik dan mudah terpengaruh.

Kena ajar juga anak kita untuk sentiasa bercerita tentang kehidupan seharian mereka. Jangan biarkan mereka berahsia lebih-lebih lagi apabila perkara berlaku perkara seperti ini.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd