Kenapa Banyak Bunga Api Semalam (8 Februari)? Ini Sebabnya!
Pada malam kesembilan dalam kalendar Lunar, masyarakat Hokkien menyambut Pai Ti Kong.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Bila dengar bunyi bunga api, mesti kita akan teringat musim perayaan.
Tak kiralah musim perayaan apa sekalipun seperti Hari Raya Aidilfitri, Deepavali mahupun Tahun Baru Cina, kalau tak ada bunga api memang tak sah!
Tapi semalam (8 Februari), ada juga terdengar bunyi bunga api. Terfikir kejap, ada perayaan apa eh? Bukan sambutan Tahun Baru Cina dah lepas ke?

Menerusi satu perkongsian yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter (meisdrjoe), dia menceritakan apa sebenarnya yang berlaku apabila ramai yang tertanya-tanya tentang bunyi bunga api yang kuat semalam.
Masyarakat Hokkien sambut Pai Ti Kong
Rupa-rupanya, bunyi bunga api dan mercun yang meriah malam semalam adalah kerana masyarakat Hokkien menyambut perayaan Pai Ti Kong.
Pai Ti Kong disambut oleh masyarakat Hokkien pada malam kesembilan dalam kalendar Lunar sebagai tanda kesyukuran kepada Jade Emperor (God of Heaven) dan juga hari lahirnya.
Senang kata, sambutan itu dianggap sebagai Tahun Baru Cina Hokkien!

Mengikut sejarah lama ketika Dinasti Ming, penduduk Hokkien di perkampungan Fujian pernah diserang musuh dan ramai yang bersembunyi dalam ladang tebu untuk melindungi diri.
Sepanjang bersembunyi, mereka berdoa kepada Jade Emperor. Pada hari kesembilan, kesemua musuh akhirnya berputus asa dan meninggalkan perkampungan mereka.
Mereka mempercayai bahawa Jade Emperor telah melindungi diri mereka sepanjang 9 hari tersebut.
Rami teruja tengok bunga api
Di ruangan komen tweet lelaki tersebut, rupanya ramai juga yang tertanya-tanya dan kini sudah tahu kenapa kawasan mereka meriah dengan mercun bunga api semalam.
Ada juga yang teruja bila dapat tengok bunga api yang cantik semalam.
Oh patutlah.. seronok pulak tengok bunga api macam² corak.🤭 pic.twitter.com/NjryFbd8zg
— سيتي خطيجه هسليزا ازلن (@mochit253) February 8, 2022
Besar punyaa pic.twitter.com/775PXLNdzJ
— FAT (@fat_deadpoool) February 8, 2022
Patutlaa. ingt nak habis kan stock mercun 😅 pic.twitter.com/SXm4CVnOKb
— yuuyuu (@yu_pakeri) February 8, 2022
Meriah kat area rumah dengan bunga api… pic.twitter.com/9G6Zk753g5
— Wan Raziman 🌈 (@twt_Raziman) February 8, 2022
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.