Now Reading
Fakta Yang Anda Perlu Tahu Tentang ‘Pink Tax’

Fakta Yang Anda Perlu Tahu Tentang ‘Pink Tax’

Pink Tax ini adalah berkaitan dengan harga barangan wanita yang lebih tinggi berbanding lelaki.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Bila sebut tentang cukai, ada macam-macam jenis di Malaysia seperti cukai pendapatan, cukai pintu, cukai tanah dan pelbagai lagi.

Senang cerita, memang tak boleh lari dari pembayaran cukai.

BACA JUGA: Ini Perkara Yang Anda Perlu Tahu Jika Masih Keliru Dengan Cukai CP500

Tapi dalam banyak-banyak cukai yang anda bayar, pernah tak terdengar tentang Pink Tax?

Mungkin ada yang tak tahu tentang Pink Tax. Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter (Fezza Hussin) telah membuat perkongsian menarik tentang fakta mengenai Pink Tax.

Apa itu Pink Tax?

Sebenarnya, Pink Tax itu tiada kena-mengena dengan warna merah jambu ataupun cukai.

Pink Tax ini adalah berkaitan dengan harga barangan yang berbeza mengikut jantina. Senang kata, barang yang sama tetapi berbeza disebabkan jantina lelaki dan perempuan.

Sumber: Medium

Dan Pink Tax ini dikaitkan dengan golongan wanita kerana kalau kita tinjau semula harga barangan perempuan, ianya lebih mahal.

Sebagai contoh pencukur bulu. Produk jenama yang dikhususkan untuk wanita berharga lebih tinggi berbanding produk jenama lelaki.

Sumber: The Odyssey Online

Sama juga dengan servis seperti gunting rambut. Nak gunting rambut lelaki, murah je. Kalau rambut perempuan, memang terbeliak juga biji mata bila tengok harga.

Wanita kena keluarkan duit lebih banyak berbanding lelaki

Menurut satu kajian yang dijalankan pada tahun 2015 oleh New York City Department of Consumer Affairs, purata kos untuk produk wanita adalah 7% lebih tinggi berbanding produk lelaki.

Selain itu, pakaian wanita juga 8% lebih mahal daripada pakaian lelaki. Produk penjagaan diri wanita pula 13% lebih mahal berbanding lelaki.

Sumber: Daily Emerald

Pink Tax ini telah mengakibatkan kaum wanita mengeluarkan duit purata berjumlah US$1,351 (RM5,593) lebih banyak berbanding lelaki pada setiap tahun.

Kenapa wujudnya Pink Tax?

Kajian mendapati Pink Tax ini disebabkan taarif serta perbezaan produk dan servis. Ada juga pihak yang berpendapat wanita tidak peka dengan alternatif harga yang lain dan lebih sanggup untuk membayar pada harga yang tinggi berbanding lelaki.

Selain itu, wanita lebih cenderung untuk ‘setia’ pada sesuatu produk, tak kiralah sama ada harganya meningkat atau menurun.

Kesetiaan itu yang juga disebut sebagai ‘Inelastic Demand‘ membuatkan pengeluar mengambil kesempatan dan mengenakan harga yang lebih tinggi.

Sumber: Magoz Blog

Di Malaysia, tidak semua tempat mengenakan Pink Tax kepada barangan wanita. Ada je yang tak terjejas langsung dengan Pink Tax ini.

Untuk pengguna wanita, anda perlu lebih bijak dan cermat dalam memilih barangan supaya tidak terkesan dengan Pink Tax.

Mungkin selepas ini kena rajin tinjau harga setiap kedai dulu sebelum membeli.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd