[Video] Tun M Tampil Beri Update Tentang Keadaan Terkini
Tun Dr. Mahathir Mohamad sebelum ini telah menerima rawatan di Unit Rawatan Koronari (CCU), Institut Jantung Negara (IJN) sejak 22 Januari lalu.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Umum sedia maklum, pada 22 Januari lalu, Tun Dr Mahathir telah dirawat di Unit Rawatan Koronari (CCU), Institut Jantung Negara (IJN).
Pada 16 Disember 2021 – beliau dimasukkan ke IJN untuk pemeriksaan perubatan menyeluruh dan pemantauan lanjut sebelum dibenarkan keluar pada 23 Disember 2021.
Seterusnya, pada 7 Januari 2022 beliau dimasukkan semula ke IJN bagi menjalani prosedur perubatan elektif dan dibenar keluar enam hari kemudian.
Tun M kini dibenar pulang, namun masih perlu menjalani rawatan susulan.
Tun M kini telah dibenarkan pulang sejak kelmarin selepas menerima rawatan di IJN sebelum ini.
Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Tun Mahathir, meskipun dibenarkan pulang – beliau masih perlu kembali ke IJN untuk jalani sesi fisioterapi dan prosedur perubatan lanjut.
Tun Dr. Mahathir akan terus menjalani rawatan pemulihan dan buat masa ini masih dinasihatkan untuk tidak menerima kunjungan pelawat.
Pejabat Tun Mahathir.
Dalam kenyataan sama, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali turut menyampaikan ucapan terima kasih atas doa, ucapan selamat, kiriman bunga dan kad ucapan dari orang ramai.

Tun M juga tampil memberikan sedikit kemas kini tentang keadaan kesihatannya menerusi satu video pendek yang dimuat naik di laman Instagram miliknya (chedetofficial).
Semoga diberikan kesembuhan yang sepenuhnya buat Tun Dr Mahathir.
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.
Siti Murni Azman is a Malaysian journalist and editor currently serving as Head Writer and Assistant Editor for The Rakyat Post BM. Known for her relatable and distinctly local storytelling, she frequently covers lifestyle topics including food, café culture, entertainment, consumer trends, and viral social conversations, while also contributing across multiple editorial pillars. Before joining The Rakyat Post, she was involved in social media marketing for AirAsia BIG Rewards, where she worked on digital campaigns and audience engagement. Beyond editorial work, she also manages sponsored content and client collaborations, working closely with brands on digital storytelling tailored for Malaysian audiences.