Now Reading
[Video] Guru Belanja 30 Anak Murid KFC. Sebak Bila Ada Yang Pertama Kali Makan

[Video] Guru Belanja 30 Anak Murid KFC. Sebak Bila Ada Yang Pertama Kali Makan

Bila ditanya, rupanya hampir 90% anak-anak muridnya tak pernah makan KFC.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Dulu setiap kali ada ahli keluarga yang dapat pencapaian baik di sekolah, mesti ibu bapa kita akan bawa pergi KFC.

Walaupun KFC adalah jenama yang digemari ramai, tetapi tak semua orang berpeluang untuk menikmati hidangan dari restoran popular ini.

Sumber: KFC

Nak belanja KFC kalau siap kerja sekolah

Baru-baru ini, seorang guru di Kedah berkongsi rezeki dengan memenuhi permintaan 30 orang anak muridnya yang ingin menikmati hidangan KFC.

Menurut laporan media, guru yang dikenali sebagai Ismaniza Fahida Ismail ini berjanji dengan 30 orang anak muridnya untuk belanja makan jika mereka hadir ke sekolah dan menyiapkan kerja yang diberikan.

Ismaniza agak terkejut juga apabila semua muridnya siap kerja sekolah sebaik sahaja mendengar ‘janji’ itu.

Janji mestilah kena tunaikan, betul tak?

Bila saya tanya nak makan apa? Hampir 90% nak makan KFC. Bila ditanya kenapa KFC, rupanya ramai di antara mereka yang tak pernah makan.

Ismaniza Fahida Ismail.

Bila dengar jawapan dari muridnya itu membuatkan Ismaniza sebak dan tersentuh hati.

Murid-murid gembira sampai bergetar tangan

Bila sampai di KFC cawangan Baling, Kedah, wajah masing-masing nampak sangat teruja sampai ada yang berketar tangan kerana terlalu gembira.

Waktu beratur ambil sos, mereka agak teruja bila tengok sos keluar dari pam. Ada juga yang bertanya kenapa sos itu tak diletakkan dalam botol je.

Ismaniza Fahida Ismail.

Guru mata pelajaran Bahasa Inggeris, Pendidikan Jasmani dan Muzik di Sekolah Kebangsaan Syed Sheh, Kedah ini membelikan masing-masing set KFC kombo besar kepada anak muridnya.

@cikpuangojes

Lebihan video makan. Sayang nak buang. Simpan sini. Jangan bosan yaaaaa semuaaa. Sayang nak buang dr album

♬ original sound – Cik Puan Gojes – Cik Puan Gojes

Apa yang mengejutkan guru ini adalah apabila anak muridnya ingin berkongsi rezeki tersebut kepada ahli keluarga mereka yang tidak pernah merasai hidangan tersebut.

Bangga saya tengok bila ada yang nak bawa balik sebab nak bagi ahli keluarga yang lain rasa juga. Dari sini kita dapat tahu sikap anak murid kita.

Ismaniza Fahida Ismail.

Alamak, nak menitis air mata sambil tulis artikel ini. Sebak betul!

Mungkin bagi kita, KFC adalah hidangan yang biasa sampai ada yang dah jemu. Tapi bagi mereka, KFC itu seolah-olah impian mereka kerana sukar didapati apabila keluarga kurang mampu dari segi kewangan

Untuk anda di luar sana, bersyukurlah dengan nikmati yang ada sehingga hari ini.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd