Now Reading
[Video] “Awak Pekak Ke?” – Netizen Terkejut Lihat Pelanggan Biadap Dengan Staf McDonald’s

[Video] “Awak Pekak Ke?” – Netizen Terkejut Lihat Pelanggan Biadap Dengan Staf McDonald’s

Lelaki itu tiba-tiba marah bila staf McDonald’s bertanya soalan untuk pastikan pesanan diambil dengan betul.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Bak kata pepatah orang Melayu, kerana mulut badan binasa. Maksudnya seseorang itu akan mendapat masalah jika dia tidak berhati-hati dalam percakapannya.

Baru-baru ini, tular satu video di Twitter apabila seorang lelaki berkelakuan kasar di kaunter pandu lalu McDonald’s.

Pada mulanya, lelaki itu dilihat memesan makanan seperti biasa dan tiada apa yang berlaku.

Secara tiba-tiba, keadaan bertukar dingin apabila pekerja yang bertugas bertanyakan soalan untuk memastikan pesanan pelanggan itu diambil dengan betul.

Disebabkan soalan itu, lelaki tersebut mula berasa marah dan menengking pekerja berkenaan.

Saya dah cakap tiga ketul ayam tadi kan? Saya kata set! Awak pekak ke? Lain kali, cakap dengan pelanggan elok-elok.

Pelanggan tersebut memarahi pekerja McDonald’s di kaunter pandu lalu.

Difahamkan, video itu dirakam dan dimuat naik sendiri oleh lelaki tersebut di akaun TikTok miliknya, tetapi dipadamkan selepas mendapat banyak kritikan dari netizen.

Kritikan dari warganet

Tindakan lelaki itu yang disifatkan sebagai marah tanpa sebab telah menimbulkan pelbagai reaksi dari orang ramai kerana geram dengan sikap biadapnya terhadap pekerja tersebut.

Ramai netizen berpendapat individu sedemikian perlu dilaporkan kepada pihak berkuasa dan ada juga yang menganggap mungkin video itu dibuat bertujuan untuk meraih populariti.

Bukan itu sahaja, jantina lelaki itu juga menjadi bahan spekulasi selepas melihat gelagatnya.

Dalam pada masa yang sama, netizen cuba untuk mencari beberapa video lama yang juga dimuat naik oleh lelaki berkenaan.

Pengajarannya adalah fikir dua kali dulu sebelum nak marah orang lain okay?


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd