Now Reading
Terkejut Kereta Disimbah Cat Merah. Lelaki Dedah Rupanya Ah Long Tersalah Rumah!

Terkejut Kereta Disimbah Cat Merah. Lelaki Dedah Rupanya Ah Long Tersalah Rumah!

Ah Long itu juga dipercayai meminta tolong untuk mencari tuan rumah yang sebenar.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Sejak berlakunya pandemik Covid-19, ramai mengalami masalah dari segi kewangan. Ada juga perniagaan yang tidak dapat bertahan lama dan terpaksa ‘menggulung tikar’

Mungkin segelintir individu yang sudah terdesak memerlukan duit untuk meneruskan kehidupan sehingga mengambil keputusan untuk membuat pinjama dengan Ah Long.

Seperti yang kita tahu, peminjam Ah Long akan dikenakan bunga yang tinggi dan banyak kes kita dengar apabila mereka diugut dengan cara yang berbahaya untuk menjelaskan hutang.

Memang seram ya!

Ah Long salah simbah cat di rumah orang

Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook Azhar Md Arif memuat naik posting tentang keretanya yang disimbah cat berwarna merah oleh kumpulan pengutip hutang.

Menerusi posting oleh lelaki dikenali sebagai Azhar itu, dia memohon doa orang ramai supaya dirinya dilindungi dan tidak lagi diganggu kumpulan Ah Long tersebut.

Kredit gambar: Facebook Azhar Md Arif

Yang peliknya, dia tidak berhutang dengan mana-mana kumpulan Ah Long.

Nak dipendekkan cerita, rupa-rupanya individu yang menyimbah cat pada keretanya itu tersalah alamat rumah. Tak pasal-pasal orang lain pula yang kena.

Kredit gambar: Facebook Azhar Md Arif

Ah Long siap suruh carikan tuan rumah

Azhar memaklumkan dia menyedari kejadian tersebut pada 12 tengah malam semalam (27 Januari) apabila terdengar jeritan jirannya.

Ketika keluar dari rumah, Azhar terlihat dua orang lelaki beredar menunggang motosikal selepas mencampakkan botol berisi cat berwarna merah di hadapan rumahnya.

Kredit gambar: Facebook Azhar Md Arif

Dua individu tersebut juga menampal sebuah nota di hadapan pagar rumahnya. Kebetulan pula ada nombor telefon pengutip hutang itu. Jadi, Azhar pun menjelaskan perkara sebenar yang berlaku.

Rumah saya bernombor 228 tetapi nombor rumah di dalam nota ini adalah 226. Rumah itu tidak berpenghuni hampir setengah tahun.

Azhar Md Arif.

Tetapi lain pula yang terjadi apabila Ah Long itu meminta Azhar pula yang mencari tuan rumah yang menghilangkan diri.

Kredit gambar: Facebook Azhar Md Arif

Walau bagaimanapun, Azhar telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut dan memohon doa daripada orang ramai supaya urusannya dipermudahkan.


Bila sudah terjebak, susah untuk patah balik.

Buat yang terjerat dalam pinjaman Ah Long, boleh ikhtiarkan pertolongan di Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) melalui talian 013-3071999 atau 019-3458444.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd