Now Reading
Isteri Redha Muka Anak Macam Tak Puas Hati. Tak Sangka Masin Mulut Suami!

Isteri Redha Muka Anak Macam Tak Puas Hati. Tak Sangka Masin Mulut Suami!

Suaminya pernah menasihati untuk tidak selalu tertekan waktu mengandung kerana risau bayi dalam kandungan pun stress juga nanti.

Farahin Fadzil

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Proses mengandung ini boleh dikatakan suatu perjalanan yang agak mencabar tetapi sangat bermakna kepada para ibu di luar sana.

Bila bertanya kepada wanita hamil tentang cabaran sepanjang sembilan bulan mengandung, mesti ada macam-macam cerita yang kita boleh dengar.

BACA JUGA: Muka Berubah Jadi Tua & Berkerut, Ibu Hamil Bersyukur Suami Tetap Puji Cantik

Selain itu, ada juga beberapa pantang larang yang perlu dielakkan oleh ibu hamil bagi menjaga kesihatan dan keselamatan anak dalam kandungan.

Tak sangka masin mulut suami

Menerusi satu perkongsian video oleh pengguna TikTok @umacikoo, wanita ini berkongsi gambar raut wajah anaknya yang kelihatan seolah-olah tak berpuas hati dengan sesuatu.

Pengguna TikTok yang bernama Umi Salmah itu bercerita ketika dia sedang mengandung, suaminya memberi nasihat untuk tidak selalu tertekan kerana risau bayi dalam kandungan pun stress juga nanti.

Namun, siapa sangka kata-kata suaminya itu ‘masin’ pula. Alamak, memang berkerut habis dahi tu!

Suami ada pesan jangan stress waktu tengah mengandung. Sekali muka anak pun macam tak puas hati bila pandang orang. Sampai sekarang muka bayi kami masih berkerut je.

Umi Salmah.

Video itu menjadi perhatian netizen sehingga berjaya meraih lebih 1.6 juta tontonan setakat artikel ini ditulis.

Rupanya ada juga bayi lain yang macam ni

Di ruangan komen video tersebut, ramai yang memuji wajah comel bayi itu walaupun muka berkerut seolah-olah fikirkan masalah.

Rupa-rupanya, ada juga bayi lain yang berkerut dahi sama seperti bayi bernama Aryan Asadeel ini.

Apa yang ibu mengandung makan, bayi dalam kandungan pun akan makan juga. Bila tengah stress, anak pun sekali stress dalam perut.

Memang kena jaga betul-betul lah waktu tengah mengandung ni kan?


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

5 × 3 =

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd