Pengarah Layangan Putus Tampil Mohon Maaf Selepas Jadi Punca Para Suami Dicurigai
Bennie Setiawan terkejut apabila drama Layangan Putus ini menyebabkan ramai suami mula dicurigai isteri mereka.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Drama Layangan Putus kini sudah menjadi satu fenomena apabila jumlah tontonan mencapai hampir 15 juta dalam tempoh 24 jam penayangannya.
Layangan Putus ini berkisahkan perselingkuhan dalam rumah tangga pasangan suami isteri yang diuji dengan kehadiran orang ketiga sehingga dikatakan telah merosakkan hubungan mereka berdua.
Antara babak yang mencuri perhatian penonton adalah apabila watak isteri bernama Kinan mengamuk selepas mengetahui suaminya Aris membawa skandalnya, iaitu Lydia ke tempat impiannya di Cappadocia.
Drama daripada adaptasi kisah benar ini menjadi perbualan hangat rakyat Indonesia dan Malaysia sehingga ada netizen yang membuat parodi babak popular di dalam Layangan Putus.
BACA JUGA: [Video] Netizen Buat Parodi Layangan Putus Versi Loghat Di Malaysia
Tapi, ada juga yang tak berapa suka
Walau bagaimanapun, lakonan mantap daripada Reza Rahadian yang memegang watak Aris sebagai suami kepada Kinan dikatakan telah mencetuskan masalah rumah tangga penonton di Indonesia.
Semuanya bermula apabila isteri mereka dikatakan mula meragui dan hilang kepercayaan kepada suami gara-gara terpengaruh dengan drama berkenaan.
Menerusi satu video dimuat naik oleh pengguna TikTok @dedemawan17, dia percaya bahawa lakonan Reza Rahadian membuatkan ramai suami kini hilang kepercayaan isteri mereka.
Malah, dia juga mencadangkan supaya drama itu dihentikan sebelum lebih banyak pergolakan dalam rumah tangga berlaku.
Pengarah drama tampil mohon maaf
Disebabkan ada sesetengah pihak yang meluahkan perasaan kurang senang mereka terhadap drama tersebut, pengarah Layangan Putus iaitu Bennie Setiawan tampil memohon maaf.
Saya minta maaf dengan para isteri di Indonedia yang naik darah dengan watak Aris dan Lydia. Disebabkan watak Aris yang curang, ramai isteri tiba-tiba rajin mahu periksa telefon pasangan. Jangan risau, suami anda bukan seperti Aris.
Pengarah Layangan Putus, Bennie Setiawan.
Bennie turut terkejut apabila drama tersebut telah memberi kesan yang sebegitu dahsyat kepada masyarakat.
Walaupun drama ini adaptasi daripada kisah sebenar, tapi anda jangan pula terlalu mengikut emosi. Kesian suami penat bekerja untuk keluarga, dituduh pula bukan-bukan.
Kalau nak tengok, jangan overthink okay?
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.