Now Reading
[Video] Gelagat Nenek Guna Stetoskop Untuk Berbual Cuit Hati Netizen

[Video] Gelagat Nenek Guna Stetoskop Untuk Berbual Cuit Hati Netizen

Dua orang nenek yang merupakan adik dan kakak ini dikatakan mempunyai masalah dari segi pendengaran.

Farahin Fadzil

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Bila balik kampung, mesti kita semua teruja untuk berjumpa dengan nenek kan? Suka tengok gelagat mereka. Comel je!

Kadang-kadang tu memang sengaja menyakat nenek sebab rindu nak tengok mereka membebel dan melatah.

Kalau tak usik nenek, memang tak sah!

Walaupun golongan ini sudah berumur, namun sikap mereka masih memberi kegembiraan buat ramai orang.

BACA JUGA: [Video] Nenek Nangis Tengok Cucu Depan Mata Lepas Setahun Tak Jumpa

Guna stetoskop untuk berborak

Nenek dan sifat comel memang tidak dapat dipisahkan.

Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok @laysyah memuat naik video gelagat dua orang nenek di sebuah majlis perkahwinan.

Dua orang warga emas yang merupakan adik dan kakak ini dikatakan mempunyai masalah dari segi pendengaran.

Kebetulan pula suasana di majlis tersebut sedang riuh, jadi agak sukar untuk mereka saling mendengar percakapan masing-masing.

Disebabkan itu, mereka dilihat mengambil langkah ‘kreatif’ untuk menggunakan stetoskop bagi membolehkan mereka berborak antara satu sama lain.

Alahai, comelnya betul!

https://www.tiktok.com/@laysyah.2/video/7054394122865626394?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Dalam masa 24 jam dimuat naik, video tersebut telah mendapat 1.1 juta jumlah tontonan ketika artikel ini ditulis.

Ramai rindu nenek masing-masing pula

Video yang mencuri perhatian netizen ini membuatkan ramai yang terhibur melihat gelagat dua orang warga emas itu.

Dalam pada masa yang sama, ramai juga yang mendoakan kesejahteraan mereka berdua.

Selain itu, ada juga warganet yang meluahkan rasa rindu kepada nenek mereka. Siapa yang masih ada nenek, anda dikira beruntung tau.

Hargailah mereka sementara masih ada.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

two × 2 =

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd