Now Reading
Nak ‘Dating’ Dengan Suami? Wanita Ini Kongsi Tempat Tinggal Anak Untuk Dijaga Sementara

Nak ‘Dating’ Dengan Suami? Wanita Ini Kongsi Tempat Tinggal Anak Untuk Dijaga Sementara

Nak keluar bersama suami atau uruskan kerja tapi tak ada orang nak menjaga anak? SAY NO MORE!

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Walaupun dah bertahun-tahun menikah, namun masih ada segelintir pasangan suami isteri yang tidak pernah mempunyai ‘quality-time’ bersama. Bukanlah nak setiap hari, tapi perlu juga ada dalam sebulan itu untuk dua atau tiga kali.

Nak ‘alone-time’ dengan suami lah katakan.

Sumber: Keluarga

Dapat pergi tonton wayang atau makan malam simple pun dah memadai.


Nak pergi dating, anak tinggal mana?

Antara persoalan yang sering dilontarkan oleh segelintir pasangan adalah kalau nak keluar bersama dengan suami buat sementara waktu, anak-anak nak ditinggalkan di mana?

Kalau rumah ibu mertua dan adik-beradik berdekatan, senanglah.

Tapi buatnya di negeri atau daerah yang berbeza? Jenuh nak menghantar dan mengambil pula.

Pengguna Twitter beri jalan penyelesaian.

Mengulas perkara ini, seorang wanita menerusi Twitter @Shahirahzai telah menyediakan senarai di mana ibu bapa boleh meletakkan anak mereka di tempat jagaan ini buat sementara waktu.

Kalau ada urusan kerja, nak berdating, dan sebagainya. Bolehlah hantar.

Dia turut memberikan pengalamannya sendiri selepas menghantar anaknya di kedua-dua tempat ini.


Kiddocare.

Menurutnya, Kiddocare ini dianggap sebagai ‘senior’ untuk servis menjaga kanak-kanak. Malah, dia telah menghantar anaknya dari berumur satu tahun lebih sehinggalah sekarang.

Tapi jangan minta last minit, susah sikit nak dapat slot, katanya.

Harga pula agak mahal tapi berbaloi.


Sitly.

Untuk Sitly pula boleh juga buat permintaan untuk jaga anak di waktu malam. Malah, harga yuran yang ditetapkan tidak terlalu mahal.

Menurutnya lagi, apa yang paling best adalah harga babysitter ada banyak range. Nak paling murah pun boleh.

Dia turut menjelaskan babysitter di kedua-dua tempat ini boleh dibawa ke mana-mana. Sebagai contoh, dia pernah membuat permintaan dari Kiddocare dan juga Sitly untuk menjaga anaknya di sebuah majlis perkahwinan serta di pejabatnya.

Wah, flexible juga!


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd