Now Reading
[Video] Wanita Terkejut Harga Satu Jam Parkir Kereta Lebih RM5,000. Biar Betul?

[Video] Wanita Terkejut Harga Satu Jam Parkir Kereta Lebih RM5,000. Biar Betul?

Selepas berbincang, akhirnya dia perlu bayar RM3 sahaja.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Masuk tahun baru, boleh dikatakan beberapa barang keperluan asas seperti minyak, roti dan sayur-sayuran menunjukkan peningkatan harga.

Bukan itu sahaja, bayaran parkir kereta di beberapa lokasi juga dikatakan naik harga secara mendadak.

BACA JUGA: Dari RM2 Ke RM20: Rakyat Berang Bayaran Di Parkir Stadium Bukit Jalil Meroket

Berita tentang peningkatan harga ini kurang gemar didengari oleh masyarakat. Siapa je suka bila harga barang makin naik kan?

Kena bayar parkir lebih RM5,000

Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok @mummyjlo2 memuat naik satu video ketika dia ingin beredar dari sebuah tempat parkir kereta di Sentul.

Berdasarkan video tersebut, dia menunjukkan paparan skrin yang tertera jumlah bayaran parkir kereta di sebuah bangunan pasar raya sehingga mencecah lebih RM5,000.

Harganya adalah RM5,811. Biar betul mahal macam tu?

Menurut wanita tersebut, dia hanya meletakkan kenderaannya di kawasan itu selama satu jam sahaja dan agak berang dengan jumlah yang tidak masuk akal.

https://www.tiktok.com/@mummyjlo2/video/7052004475392855322?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Disebabkan agak bengang dengan harga yang tidak masuk akal itu, dia mengambil keputusan untuk melihat sendiri rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di pejabat pengurusan bangun bagi membuktikan kata-katanya.

Wanita berkenaan mengambil masa kira-kira satu jam untuk menyelesaikan isu tentang bayaran parkir itu.

Selepas berbincang, wanita itu akhirnya perlu membayar RM3 sahaja untuk parkir kereta miliknya itu.

Kredit: TikTok @mummyjlo2

Komen netizen boleh tahan kelakar

Di ruangan komen video tersebut, ramai netizen yang mempersoalkan tentang harga yang melampau itu.

Namun dalam masa yang sama, ada juga netizen membuat gurauan yang boleh tahan kelakar juga.

Ada-ada je netizen ni.

Kredit: TikTok @mummyjlo2
Kredit: TikTok @mummyjlo2
Kredit: TikTok @mummyjlo2
Kredit: TikTok @mummyjlo2
Kredit: TikTok @mummyjlo2

Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd