Now Reading
Ini 5 Fakta Menarik Tentang Negara Tonga Yang Anda Patut Tahu

Ini 5 Fakta Menarik Tentang Negara Tonga Yang Anda Patut Tahu

Menariknya, sistem pernomboran mengikut bahasa Tonga adalah berbeza bagi setiap barang.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Baru-baru ini, satu kejadian letusan gunung berapi bawah laut yang berlaku di Tonga telah mengejutkan hampir kesemua penduduk dunia.

Berdasarkan beberapa imej dari satelit, letusan tersebut dilihat sangat dahsyat sehingga menghasilkan debu asap yang sangat besar.

Kredit: Facebook Potungaue Koloa Fakaenatula

Letusan gunung berapi Hunga Tonga Hunga Ha’apai itu berlaku dengan kuat sehingga boleh didengari 10,000 kilometer di Alaska.

Beberapa negara seperti Jepun dan Amerika Syarikat juga dilaporkan mengalami tsunami kecil selepas terkena tempias kejadian letusan berkenaan.

Di manakah lokasi Tonga?

Kredit: Sky News

Susulan kejadian letusan gunung berapi baru-baru ini, mesti ramai yang baru pertama kali mendengar nama negara Tonga, betul tak?

Mari kami ceritakan sedikit tentang Tonga.

Menurut World Travel Guide, Tonga adalah sebuah kepulauan dengan keluasan 7,700 kilometer persegi dengan 176 pulau di Pasifik Selatan yang kebanyakannya tidak berpenghuni.

Antara pulau utama adalah ‘Eua, Ha’apai, Niuas, Tongatapu dan Vava’u.

Iklim di Tonga pula lebih sejuk berbanding di kebanyakan kawasan tropika yang lain.

Fakta menarik tentang Tonga

Jom kami ceritakan pula tentang fakta menarik di negara Tonga. Mesti ramai yang nak tahu kan?

1. Negara yang tak pernah dijajah

Kredit: Tonga Ministry of Tourism

Untuk pengetahuan anda, negara Tonga adalah satu-satunya negara di Pasifik yang tidak boleh dijajah.

Dipercayai masyarakat Tonga hanya berada di bawah penjajahan mereka sendiri pada abad ke-10 dan tidak menyerahkan kesemua kuasa kepada British.

Sistem monarki perlembagaan Tonga juga telah diwujudkan oleh Raja Tonga iaitu Tu’i dan dibantu oleh seorang pendeta British, sebelum dilantik menjadi Perdana Menteri pertama Tonga.

2. Tidak dibenarkan beraktiviti pada hari Ahad

Kredit: Tonga Pocket Guide

Berdasarkan perlembagaan dan undang-undang negara ini, masyarakat Tonga tidak dibenarkan melakukan sebarang aktiviti dan urusan pada hari Ahad termasuklah berniaga serta bersukan.

Nak buat kerja rumah pun tidak dibenarkan.

Peraturan ini dikuti di dalam undang-undang Kristian yang lama dan masih diguna pakai sehingga ke hari ini.

Namun, ada juga segelintir perniagaan yang masih diteruskan pada hari tersebut seperti resort pelancongan demi memenuhi kehendak zaman moden.

3. Sistem pernomboran yang berbeza

Kredit: Loop Tonga

Masyarakat Tonga menggunakan dua bahasa iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Tonga. Dalam bahasa Tonga, sistem pernomboran berbeza mengikut barang.

Sebagai contoh, mengira buah kelapa tidak sama dengan mengira ikan.

Menarik kan?

4. Wujud ‘Pulau Hilang’

Kredit: Pinterest

Di Tonga, ada satu pulau yang bernama Fonuafo’ou. Dalam bahasa Tonga, Fonuafo’ou bermaksud Pulau Baharu.

Mengimbau ketika zaman antara tahun 1781 dan 1865, dilaporkan terdapat satu beting besar yang terbentuk di Pulau Ha’apai yang dipercayai hanyalah sebuah terumbu karang.

Namun, pulau itu dikatakan membesar kepada dua kilometer pada tahun 1885 berbanding dengan hanya keluasan 50 meter pada tahun 1867.

Kemudian, pulau itu dilaporkan hilang pada tahun 1894 dan muncul semula dengan para ketinggian yang menurun kepada 320 meter.

5. Lokasi kegemaran ikan paus membiak

Kredit: Oceanic Society

Antara sebab Tonga dikunjungi ramai pelancong adalah kerana mereka ingin melihat spesies ikan paus Humpback yang sering berada di pulau berkenaan pada waktu tertentu.

Spesies ikan tersebut dikatakan sanggup berenang dari lokasi asal mereka iaitu di Antartika sejauh 4,439 kilometer semata-mata ingin membiak dan membesarkan anak mereka.

Kebiasaannya, ikan paus ini akan datang ke Tonga pada bulan Jun sehingga Oktober dan akan kembali semula ke Antartika.


Wah, banyak juga fakta menarik tentang negara yang pertama kali didengar ini.

Mesti ramai juga yang terpegun membaca fakta tentang Tonga ini kan? Sekarang, anda sudah tahu!


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd