Now Reading
Air Sungai Sebulong Di Johor Bertukar Biru, Kini Sudah Pulih Seperti Sedia Kala

Air Sungai Sebulong Di Johor Bertukar Biru, Kini Sudah Pulih Seperti Sedia Kala

Pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor telah diarahkan untuk menjalankan siasatan tentang kejadian perubahan warna air di Sungai Sebulong, Johor.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Baru-baru ini, penduduk di Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru dikejutkan dengan perubahan warna air Sungai Sebulong yang bertukar kepada warna biru.

Perkara ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook Izzah Razak dengan menunjukkan beberapa keping gambar air sungai yang bukan sahaja berwarna biru seperti ditumpahkan cat, malah terdapat buih juga.

Perubahan warna yang agak menakutkan itu dipercayai kerana tercemar dengan kandungan bahan kimia.

Perkara ini agak merisaukan penduduk kerana takut jika ada yang terdedah dengan air yang tercemar itu sehingga boleh memudaratkan kesihatan mereka.

Menurut Izzah, sebelum ini penduduk di kawasan itu sukar mendapat bekalan air bersih selepas dilanda banjir.

Kini, mereka diuji sekali lagi selepas dipercayai berlaku pencemaran air pula.

Siasatan bakal dilakukan

Menurut laporan Kosmo, Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man telah dimaklumkan berhubung kejadian tersebut.

Berikutan itu, pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor telah diarahkan untuk menjalankan siasatan tentang kejadian perubahan air sungai itu.

Pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor telah mula menjalankan siasatan. Alam sekitar tanggungjawab kita bersama, terima kasih atas keprihatinan semua.

Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Mengikut laporan terkini, keadaan air sungai itu sudah kembali pulih seperti sedia kala.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd