Now Reading
Wanita Raih Pendapatan Lima Angka Sebulan Dengan Menjual Risoles. Hebat!

Wanita Raih Pendapatan Lima Angka Sebulan Dengan Menjual Risoles. Hebat!

Dia juga kini telah memiliki seramai tujuh orang pekerja dan sebuah kilang di Jenjarom, Banting, Selangor.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Seperti yang dilaporkan oleh portal Bernama, seorang usahawan wanita iaitu Hassmira Che Omar @ Che Hassan, 34 tidak menyangka bahawa perniagaannya kini mampu mencecah keuntungan lebih RM20,000 sebulan.

Malah, pada mulanya perniagaan itu hanya bermodalkan wang simpanan RM100 untuk menjual ‘Risoles’ – sejenis pastri yang popular di Indonesia.

Hassmira yang juga Siswazah Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan dan Perniagaan (Perdagangan) di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menjelaskan idea untuk mengusahakan perniagaan tersebut bermula apabila keluarganya sering menjadikan Risoles sebagai makanan pilihan ketika bersantai bersama keluarga.

Pada peringkat awal, saya hanya menjual secara kecil-kecilan kepada kenalan dan kawasan kejiranan di Banting, Selangor kerana makanan ini kurang dikenali ketika itu.

Hassmira Che Omar @ Che Hassan menerusi Bernama.

Walau bagaimanapun, dia tidak menyangka lama-kelamaan produk itu mula mendapat sambutan ramai meskipun pada peringkat permulaan, produk tersebut agak ‘asing’ dalam kalangan penduduk di kawasannya.

Dia turut memberitahu telah belajar cara membuat Risoles daripada kakak iparnya, Evy Widiastuti, 40, yang berasal dari Indonesia.

Kredit: Risoles My

Mengulas lanjut, dia berkata bahawa penggunaan media sosial banyak membantunya untuk melonjakkan hasil jualan. Jika sebelum ini dia hanya mampu menghasilkan sekitar 100 hingga 500 peket sahaja dalam sebulan.

Namun, dengan adanya strategi pemasaran yang dilakukan menerusi media sosial – pengeluaran produk semakin laju dan keuntungan yang diperoleh juga semakin meningkat.

Saya berjaya menghasilkan 6,000 hingga 10,000 peket Risoles sebulan untuk diedarkan di seluruh negara melalui pengedar dan ejen yang dilantik serta berjaya dipasarkan kepada 70 kedai di seluruh negara.

Hassmira Che Omar @ Che Hassan menerusi Bernama.

Dia juga kini telah memiliki seramai tujuh orang pekerja dan sebuah kilang di Jenjarom, Banting, Selangor.

Alhamdulillah, sokongan daripada agensi Kerajaan Negeri Selangor, Jabatan Pertanian dan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) juga membuatkan perniagaan yang diusahakan kini mampu berkembang dengan lebih luas lagi.

Hassmira Che Omar @ Che Hassan menerusi Bernama.

Untuk rekod, Risoles yang dikeluarkan oleh syarikatnya terdiri daripada Risoles berintikan ayam, daging, ayam keju, daging keju, dan peperoni daging berkeju.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd