Now Reading
[Video] Wanita Terpelanting Selepas Dirempuh Motosikal Ketika Melintas Jalan

[Video] Wanita Terpelanting Selepas Dirempuh Motosikal Ketika Melintas Jalan

Mangsa dilihat terpelanting dan terbaring di atas jalan selepas dirempuh oleh motosikal tersebut.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Kemalangan jalan raya merupakan sesuatu yang tidak boleh dijangka. Puncanya mungkin disebabkan oleh kecuaian diri sendiri atau pemandu lain.

Bila berlaku kemalangan, bukan sahaja melibatkan pemandu. Tetapi boleh juga membabitkan individu yang melintas di jalan raya.

Sebagai pengguna jalan raya, kita sudah diajar untuk memandang ke kiri dan kanan dahulu ketika di jalan raya. Lebih-lebih lagi ketika ingin melintas.

Namun, kecuaian seorang wanita ini telah menyebabkan dirinya terbabit dalam sebuah kemalangan yang tidak diingini.

Sekelip mata dirempuh motor

Baru-baru ini, sebuah kamera dashcam pemilik kenderaan di jalan raya berhampiran Sungai Wang Plaza sempat merakam kejadian seorang wanita dirempuh oleh penunggang motosikal.

Video yang dimuat naik oleh pengguna Facebook Wong Yongsheng itu menunjukkan keadaan jalan raya pada ketika itu agak sesak.

Kemudian, kelibat seorang wanita berpakaian putih mucul dari seberang jalan ingin melintas. Namun, dia terlupa untuk memandang ke kiri dan kanan terlebih dahulu.

Malang tidak berbau, sebuah motosikal yang dibawa dengan laju melanggar wanita berkenaan sehingga dia terpelanting dan terbaring di atas jalan.

Pengguna jalan raya yang terlihat kemalangan itu agak terkejut dan ramai datang melihat serta memberi bantuan kepada wanita berkenaan.

Boleh lihat video penuh DI SINI.

Tips jika ternampak kemalangan

Jika anda berada di kawasan kemalangan dan melihat keadaan mangsa agak teruk, ini perkara yang anda patut lakukan:

  • Periksa keadaan mangsa sama ada masih sedar ataupun tidak.
  • Segera hubungi talian 999 untuk dapatkan bantuan.
  • Boleh beri bantuan kecemasan Cardio Pulmonary Resuscitation (CPR) dahulu jika anda berpengalaman.

BACA JUGA: Ada Orang Kemalangan? Ini Tips Untuk Anda Yang Berada Berdekatan Mangsa

Kredit: onmanorama

Agak seram juga apabila terlihat wanita itu dirempuh dengan motosikal tersebut. Tak boleh nak bayang kesakitannya.

Tidak kiralah pemandu atau indvidu yang ingin melintas jalan raya, semua pihak perlu berhati-hati.

Kemalangan yang disebabkan kecuaian ini sangat bahaya kerana boleh meragut nyawa seseorang.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd