Now Reading
[Video] Wanita Ini Buat Kejutan Kembali Ke M’sia Selepas Berada Di Singapura Selama 578 Hari

[Video] Wanita Ini Buat Kejutan Kembali Ke M’sia Selepas Berada Di Singapura Selama 578 Hari

Wanita tersebut dipercayai meninggalkan Malaysia ke Singapura pada 10 Jun 2020 dan pulang ke tanah air pada 10 Januari 2022.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Seorang wanita warganegara Malaysia dilaporkan telah pulang ke tanah air dan bertemu semula dengan ahli keluarga tercinta selepas berpisah selama 578 hari ketika berada di Singapura.

Tempoh hampir dua tahun itu sebenarnya terlalu lama. Terutama buat mereka yang memiliki anak-anak yang masih kecil, ibu bapa, dan suami.

Rindu tak terkata.

Klip video tersebut telah dimuat naik oleh suaminya menerusi Facebook pada 10 Januari 2022.

Wanita berkenaan dipercayai pulang ke tanah air menggunakan laluan Singapore-Malaysia Vaccinated Travel Lane (VTL) dan dijemput oleh suaminya sejurus tiba.

Siap bagi sejambak bunga sebagai tanda hadiah pulang ke tanah air.

BACA LANJUT: Laluan Darat Malaysia-Singapura Dibuka Untuk Semua Pengembara Bermula 20 Disember

Sumber: The Business Times

Kejutan untuk anak-anak dan ibu

Paling terharu apabila melihat reaksi kedua-dua anaknya yang masih kecil. Pada mulanya keadaan nampak normal sehinggalah anak bongsunya perasan kelibat ibunya di hadapan pagar rumah.

Ketika ditinggalkan si ibu pada 10 Jun 2020, anak bongsunya itu masih belum mencapai usia 1 tahun.

Naik bulu roma kami tulis, sedih sangat tengok mereka akhirnya berjumpa.

Kedua-dua anak kecil ini dilihat terus berlari ke arah ibu mereka untuk berpelukan tanda melepaskan rindu.

Seterusnya, kejutan untuk nenek (ibu kepada wanita tersebut).

Misi seterusnya adalah membuat kejutan untuk ibu kepada wanita tersebut yang hanya mampu berdiri tanpa melakukan apa-apa akibat masih terkejut.

Mana tidaknya, pulang ke Malaysia tanpa apa-apa berita.

“Kenapa kamu tipu saya?” itu persoalan yang dilontarkan oleh ibunya sambil menangis dan memeluk wanita berkenaan.

Mangsa terakhir untuk diberi kejutan adalah adik kepada wanita itu.

Menerusi video tersebut, mereka berdua dilihat menjerit dan memeluk satu sama lain selepas berjumpa di depan mata. Mana taknya, hampir dua tahun tak jumpa dan hanya menghubungi satu sama lain menerusi talian telefon.

Kali ini barulah terubat rindu.

Anda boleh tonton video penuh di [LINK INI].


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd