Now Reading
[Video] Pasangan Kembar Sambut Hari Lahir Dengan Cara Bersalin Pada Hari Yang Sama

[Video] Pasangan Kembar Sambut Hari Lahir Dengan Cara Bersalin Pada Hari Yang Sama

Bila ada pasangan kembar, rasa macam ada kawan baik seumur hidup.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Apa yang membuatkan kembar seiras itu istimewa adalah apabila mereka berdua seronok memiliki satu sama lain sepanjang hidup dan menjadi sangat rapat sehingga dewasa.

Bagi Zalila Nordin dan Zasya Nor, mereka masih mencari kekuatan dalam hubungan kembar.

Ketika mereka masih kecil, masing-masing tak dapat nak membezakan diri mereka sendiri.

Disebabkan mereka terlalu akrab, masing-masing menganggap diri mereka sebagai kakak kepada satu sama lain.

https://www.tiktok.com/@zalilanordin37/video/6882803577241226497?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Apa yang membuatkan hubungan kembar ini lebih istimewa?

Menurut video yang dimuat naik @zalilanordin37 di TikTok, dia dan adik kembarnya akan menyambut hubungan kembar mereka dengan bersalin pada hari yang sama iaitu 9 Januari.

Tambahnya lagi, tarikh bersalin mereka juga merupakan hari lahir dia dan kembarnya.

https://www.tiktok.com/@zalilanordin37/video/7051055710737550618?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Difahamkan, pasangan kembar itu telah selamat bersalin dan kedua-dua mereka gembira melahirkan bayi perempuan.

Hati-hati jangan tertukar bayi pula

Tertukar bayi ketika lahir memang selalu menjadi plot sinetron, tetapi netizen membuat gurauan kononnya tidak mustahil perkara ini boleh berlaku kepada Zalila Nordin dan Zasya Nor.

Bukan sahaja mendoakan yang terbaik untuk kembar ini, malah netizen turut kagum dengan tahap keakraban, persefahaman dan ‘timing’ mereka yang menakjubkan!

Memiliki DNA dan membesar dalam persekitaran yang sama serta mencapai kejayaan pada hari yang sama pastinya memberi pengalaman yang unik buat mereka berdua.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd