Now Reading
[Foto] Jeti Terbengkalai Di Kota Tinggi, Johor Jadi Spot Gambar Estetik & ‘Instagramable’

[Foto] Jeti Terbengkalai Di Kota Tinggi, Johor Jadi Spot Gambar Estetik & ‘Instagramable’

‘Hidden-gem’ ini terletak di Teluk Ramunia, Sungai Rengit, Kota Tinggi Johor.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Khas buat mereka yang menghargai gambar-gambar cantik di lokasi yang estetik untuk dimuat naik di media sosial, kami baru sahaja menemui satu lokasi best untuk anda.

Taklah fancy yang disangka, tapi kalau pandai ambil gambar dengan sudut yang tepat, gambar anda akan nampak estetik.

Lokasi terpencil ini pernah menjadi tempat jeti dan kini terbengkalai dengan sisa-sisa tiang keluli yang besar.

‘Hidden-gem’ ini terletak di Teluk Ramunia – Sungai Rengit, Kota Tinggi, Johor.

Menurut pengguna Instagram @wandeewonder, untuk menuju ke lokasi jeti terbengkalai tersebut bukanlah semudah yang disangka. Banyak batu besar, batu konkrit, dan sebagainya perlu diredah.

“No pain, no gain,” tambahnya.

Kalau bawa dron, bonus.

Dapat ambil gambar dari bahagian sudut atas yang menampakkan jeti terbengkalai ini.

Serius lawa.

Tapi untuk mereka yang nak berpiknik di kawasan berhampiran, mungkin boleh ronda terlebih dahulu sama ada selamat atau tidak.

Walau bagaimanapun, orang ramai disarankan untuk datang ke lokasi tersebut ketika air surut. Baru boleh berjalan dan tangkap gambar dengan tenang.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd