Now Reading
Diana Danielle ‘Sekolahkan’ Manusia Yang Jenis Suka Suruh Tambah Anak

Diana Danielle ‘Sekolahkan’ Manusia Yang Jenis Suka Suruh Tambah Anak

“I want to be the parent, I want to be their guide and point of reference. Until now – I’ve got a lot more parenting to do. Even with myself.” – Diana Danielle.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Sebelum berkahwin, ilmu di dada perlu ada.

Persiapan sebelum menikah sebenarnya tidak semudah yang disangka. Anda perlu menyiapkan mental dan fizikal sebelum melangkah ke alam perkahwinan.

Ada beberapa perkara penting yang perlu anda fikirkan sebelum menikah. Antaranya; komitmen, konsep tentang keluarga, kewangan, cara mengatasi konflik atau pertengkaran antara pasangan dan sebagainya.

Gambar sekadar hiasan.
(Kredit: Berita Harian)

Pendek kata, kalau masih belum bersedia, jangan cari pasal.

BACA JUGA: Kenapa Lelaki Letak Tangan Atas Kepala Isteri Lepas Nikah? Ini Sebab & Hukumnya

Begitu juga dengan cahaya mata, mereka juga adalah komitmen.

Memang benar, anak adalah rezeki buat kesemua pasangan yang baru berkahwin – tapi anda perlu menitikberatkan juga soal belanja selepas ada anak. Penting, ya.


Soal suruh tambah anak, Diana Danielle perjelas isu ini

Selebriti terkenal tanah air tampil menerusi satu hantaran di Instagram @dianadanielleb miliknya membincangkan tentang individu yang menyuruh pasangan untuk ‘tambah anak’.

Kononnya, anak dah besar bolehlah tambah lagi seorang.

Oleh itu, Diana Danielle menerangkan mengapa tambah anak bukanlah perkara yang sesuai untuk dilakukan walaupun anak sudah meningkat umur.

Yes betul anak yg kedua pun dah 6 tahun, tapi bagi D nilah usia diorg perlukan bimbingan dan input setiap masa sebelum melangkah ke fasa remaja. Nampak saja “besar” tapi masih nak pelukan, nak manja, nak kita explore dan explain soalan-soalan yg makin rumit, makin “deep”. Curiosity mencanak, personaliti makin terbentuk, makin pandai counter point kita, makin nak berkawan dan mengenali dunia luar. D tak nampak itu sebab untuk tambah dan tambah. Sorang pun dah amanah seumur hidup. So kita ikut pada kemampuan yang bukan hanya dari segi duit tapi mental, emosi dan masa.

Diana Danielle menerusi hantaran di Instagram miliknya.

Diana turut menambah bahawa buat ibu-ibu yang bekerja lagi lah perlu memikirkan soal tambah anak ini. Mana tidaknya, takkan kita nak tengok anak sendiri membesar dengan orang gaji, atau di taska sahaja, kan?

Ini bukan anak patung, ini manusia.

Anak adalah amanah daripada Allah SWT yang perlu dijaga, diberi tunjuk ajar, dan didikan sepenuhnya. Bukannya boleh sesuka hati tambah walaupun anak dah besar.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd