Now Reading
Pelajar Sekolah Wakil Malaysia Dalam Pertandingan Catur Antarabangsa. Hebat!

Pelajar Sekolah Wakil Malaysia Dalam Pertandingan Catur Antarabangsa. Hebat!

Nur Batrisyia Wafa binti Mohsen telah mewakili negara dalam Czech Open International Chess & Games Festival.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Sejujurnya, permainan catur memerlukan perancangan yang strategik untuk menang. Hanya orang tertentu sahaja mahir dalam permainan ini.

Sesetengah orang suka bermain catur sebagai hobi dan untuk mengisi masa lapang mereka.

Namun siapa sangka permainan ini juga memberi peluang kepada seseorang untuk mewakili negara Malaysia ke peringkat antarabangsa.

BACA JUGA: Chef Ping Coombes Dari Malaysia Menang Pertandingan Masterchef Lawan Juara Yang Lain

Wakil Malaysia ke Prague

Baru-baru ini, seorang pelajar perempuan daripada SMK Convent Kajang iaitu Nur Batrisyia Wafa binti Mohsen telah mewakili negara Malaysia ke pertandingan catur peringkat antarabangsa di Czech Open International Chess & Games Festival.

Gadis itu juga merupakan seorang penerima biasiswa sukan di sekolahnya dan kini telah memasuki hari ketiga dalam pertandingan tersebut.

Walaupun masih muda, tetapi lawan kepada gadis ini bukan calang-calang. Boleh dikatakan mereka juga agak ‘otai’ dalam permainan catur.

Untuk pengetahuan anda, gadis ini terbang ke Prague dengan dibiayai oleh ibu bapanya.

Perkongsian kisah yang dimuat naik oleh pengguna Facebook Zulhafidz Yahaya telah mendapat perhatian warganet.

Ramai teringat cerita Queen’s Gambit

Kehebatan gadis ini yang masih muda membuatkan ramai teringat kepada cerita Queen’s Gambit yang pernah ditayangkan di Netflix.

Kenapa ramai yang kaitkan cerita itu dengan gadis ini? Kerana karakter kedua-dua lebih kurang sama.

Kredit: The Daily Utah Chronicle

Masing-masing mahir dalam permainan catur dan terpaksa berhadapan dengan lawan yang lebih berpengalaman.

Mengikut International Chess Federation, gadis ini berada dalam kategori ‘Expert‘ apabila golongan B-Year 2005.

Apa itu B-year?

Itu adalah penilaian berdigit tiga hingga empat nombor untuk mengukur tahap kekuatan seseorang dalam permainan catur.

Senang cerita, lagi tinggi nombor seseorang, lagi power lah dia!

Kredit: International Chess Federation

Dalam pada masa yang sama, ramai juga yang mengucapkan tahniah kepada gadis ini kerana berjaya mewakili Malaysia dalam pertandingan tersebut.


Wow! Memang mengagumkan.

Walaupun masih muda, tapi sudah berpeluang mewakili negara ke pertandingan peringkat antarabangsa.

Kami pun belum tentu boleh main sehebat adik ini.

Semoga kemenangan milik Nur Batrisyia Wafa binti Mohsen. Good luck!


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd