Now Reading
10 Terbunuh Dalam Insiden Runtuhan Batu Timpa Bot Pelancong

10 Terbunuh Dalam Insiden Runtuhan Batu Timpa Bot Pelancong

Kejadian di Tasik Furnas, Brazil itu dipercayai berlaku akibat pergerakan tanah yang berpunca daripada hujan lebat tanpa henti selama dua minggu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Baru-baru ini, satu kejadian ngeri berlaku apabila serpihan bongkah batu runtuh dah telah menghempap bot pelancong yang berada di kawasan berdekatan.

Bukan itu sahaja, runtuhan bongkah batu itu juga telah menghasilkan ombak yang kuat di kawasan tersebut.

Ketika kejadian, dua daripada empat bot pelancong telah terbalik.

Rakaman kejadian tersebut kini menjadi tular selepas dimuat naik oleh beberapa pengguna di media sosial.

Memetik laporan Indian Express, pasukan bomba dan penyelamat telah bergegas ke lokasi kejadian selepas mendapat makluman berhubung kejadian dan mencuba sedaya upaya untuk menyelamatkan mangsa.

Kejadian yang berlaku di Tasik Furnas, Brazil itu telah menyebabkan beberapa kematian dan kecederaan pelancong.

Menurut CNN, sehingga kini 10 individu dilaporkan meninggal dunia dan sekurang-kurangnya 32 pelancong yang lain mengalami kecederaan.

Hujan lebat mungkin punca runtuhan

Sebelum ini, Institut Meteorologi Kebangsaan Brazil telah mengeluarkan amaran di negeri berkenaan bahawa empat inci air hujan akan turun setiap hari bermula dari 7 Januari sehingga 10 Januari 2022.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Pedro Aihara juga memberitahu bahawa jenis batuan di kawasan tersebut mempunyai tahap rintangan yang rendah terhadap air dan angin.

Kejadian runtuhan itu dipercayai berlaku akibat pergerakan tanah yang berpunca daripada hujan lebat yang turun tanpa henti selama dua minggu di kawasan tersebut.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd