Now Reading
Zarinah Anwar Wanita Pertama Dilantik Sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah UM

Zarinah Anwar Wanita Pertama Dilantik Sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah UM

Tahniah, Tan Sri Zarinah Anwar!

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Umum sedia maklum, Universiti Malaya merupakan universiti pertama yang ditubuhkan di Malaysia.

Sejarah universiti ini boleh dikesan ke Singapura, dari Kolej Perubatan King Edward VII – ditubuhkan pada 1905) dan Kolej Raffles – ditubuhkan pada 1929).

Kedua-dua kolej ini bergabung menjadi Universiti Malaya pada 8 Oktober 1949.

Kredit: Malay Mail

Kemudian pada tahun 1959, universiti ini mengambil keputusan berpecah kepada dua bahagian, satu di Singapura dan kemudiannya menjadi Universiti Nasional Singapura.

Manakala, satu lagi di Kuala Lumpur mengekalkan nama Universiti Malaya.

Maka secara rasminya Universiti Malaya yang sekarang ini ditubuhkan pada 1 Januari 1962. Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj merupakan Canselor pertama Universiti Malaya.


UM cipta sejarah lantik wanita pertama sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah UM

Berkuat kuasa 13 Disember 2021, Tan Sri Zarinah Anwar telah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaya (UM).

UM menerusi satu poster memaklumkan bahawa pelantikan bekas Ahli Lembaga Pengarah Permodalan Nasional Bhd (PNB) itu adalah sehingga 12 Disember 2024 iaitu tempoh tiga (3) tahun.

Pelantikan ini menjadikan Zarinah sebagai wanita pertama yang dilantik untuk memegang jawatan tersebut.

Menurut UM, pelantikan itu dibuat menerusi surat yang dikeluarkan Kementerian Pendidikan Tinggi pada 10 Disember 2021 – selaras dengan peruntukan Seksyen 17 (1) (a) Perlembagaan Universiti Malaya (Pengerusi).


Latar Belakang Zarinah Anwar

Sumber: The Edge Markets

Zarinah yang juga alumni Fakulti Undang-Undang UM – adalah tokoh korporat terkenal yang pernah menggalas jawatan penting termasuk Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Petroliam Nasional Berhad sejak 17 Ogos 2015.

Beliau turut memegang jawatan Pengerusi Debt Ventures Berhad Malaysia, ahli Lembaga Pengarah Permodalan Nasional Berhad dan Pemegang Amanah Razak School of Government, Yayasan Hasanah dan Yayasan Jeffrey Cheah.

Di pentas dunia, beliau ialah Felo Abdullah bin Abdulaziz di Oxford Centre for Islamic Studies United Kingdom, ahli Lembaga Penasihat Pihak Berkuasa Sekuriti dan Komoditi Emirates, Emiriah Arab Bersatu.

Zarinah juga adalah Pro Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), ahli Majlis Penasihat Akademik Universiti Teknologi Petronas, serta turut berkhidmat sebagai ahli Majlis Penasihat dan Perundingan Kebangsaan mengenai Wanita.

BACA JUGA: Universiti Malaya Lantik Ahli Lembaga Pengarah Termuda. Syabas!


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd