Now Reading
[Video] Pengantin Perempuan Terkedu Kena ‘Buka Silat’ Di Majlis Perkahwinan Sendiri. Bukan Main!

[Video] Pengantin Perempuan Terkedu Kena ‘Buka Silat’ Di Majlis Perkahwinan Sendiri. Bukan Main!

Dia sendiri tidak menyangka bahawa dia akan diminta untuk membuat persembahan silat tersebut apabila ditarik oleh bapa saudaranya selepas selesai upacara Makan Beradab.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Jika dilihat, sekarang ini ramai pasangan yang melaksanakan majlis perkahwinan selepas sekian lama tertangguh akibat pandemik Covid-19, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dan sebagainya.

Boleh dikatakan, hampir setiap minggu mesti ada je jemputan dari kawan-kawan atau ahli keluarga terdekat yang melangsungkan perkahwinan.

Malah, satu hari sampai dua hingga tiga majlis perkahwinan pun ada!

Semua nak kahwin nampaknya ni.

Sumber: Giphy

Viral di TikTok – pengantin perempuan terpaksa ‘perform’

Terbaharu, sebuah video mulai viral di TikTok apabila seorang wanita yang juga pengantin perempuan dilihat terpaksa melakukan aksi bersilat di majlis perkahwinannya sendiri.

Dipercayai, aksi itu dilakukan selepas diminta oleh ahli keluarganya. Paling mengejutkan, kemas betul persembahan yang dilakukan oleh wanita tersebut.

Walaupun agak ‘random’, masih boleh ‘beraksi’ dengan tenang.

@i.n4yli #fypシ #xyzbca #viral #support #fyppppppppppppppppppppppp ♬ original sound – Muhd Arash – ArashAmer

Video tersebut kini berjaya meraih lebih 1.1 juta tontonan ketika artikel ini ditulis. Ramai juga yang kagum, termasuklah pasangan pengantin wanita berkenaan.

Manakan tidak, dapat FREE SHOW!


Menerusi laporan mStar, pengantin perempuan iaitu Iffah Liyana, 25, menjelaskan bahawa dia dan suami telah bernikah pada 25 Disember 2021 dan majlis persandingan berlangsung pada hari yang sama.

Dia walau bagaimanapun tidak menyangka akan terlibat dalam persembahan silat itu yang pernah dirancang oleh datuknya suatu ketika dahulu.

Atuk pernah cakap sebelum ini nak adakan persembahan silat pada majlis kahwin saya. Tapi saya tak tahu siapa yang akan buat silat. Saya sangka hanya kompang sahaja. Tapi memang betul-betul ada persembahan silat di awal majlis sebelum berarak ke pelamin.

Pengantin perempuan, Iffah Liyana, kepada mStar.

Mengulas lanjut, Iffah bercakap kepada mStar bahawa datuknya merupakan guru silat dan berpengalaman dalam seni mempertahankan diri sejak zaman mudanya.

Saya ingatkan ahli-ahli silat yang buat persembahan adalah pelajar-pelajar atuk. Rupanya saudara-mara yang buat.

Pengantin perempuan, Iffah Liyana, kepada mStar.

Iffah bagaimanapun tidak mahu orang luar tahu kebolehannya dalam ilmu bersilat ini.

Tak sangka kena ‘tarik’

Dia sendiri tidak menyangka bahawa dia akan diminta untuk membuat persembahan silat tersebut apabila ditarik oleh bapa saudaranya selepas selesai upacara Makan Beradab.

Ingatkan nak menyakat, rupanya betul-betul kena ‘buka’ silat.

Walaupun berpengalaman, nervous tetap apa sebab suami sebelum ini hanya dengar cerita saya pandai bersilat tapi tak pernah tunjuk kepadanya.

Pengantin perempuan, Iffah Liyana, kepada mStar.

Tapi apa pun, salute kepada Iffah sebab masih meneruskan juga persembahan silat itu demi permintaan orang ramai pada ketika itu. Bukan semua orang boleh bersilat, terutamanya wanita.

You go girl!

Sumber: Tenor

Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd