Adik Neelofa Siar Klip Filem Secara Haram, Netizen Cadang Guna ‘Laser Beam’ Untuk Beri Amaran
Tiga tahun lalu, kakaknya iaitu Neelofa pernah melakukan aksi yang sama.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Sejak panggung wayang dah dibuka, memang banyak filem-filem baru yang keluar. Untuk yang kaki movie, memang seronoklah dapat tengok filem terbaru di skrin yang lebih besar.
BACA JUGA: MBO Kini Kembali!
Walaupun banyak amaran dan Pesanan Khidmat Masyarakat (PSA) oleh pihak pawagam Malaysia, beberapa penonton dipercayai masih diam-diam merakam klip filem yang ditonton dan memuat naik di media sosial.
Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter, Aysha Ridzuan mengetengahkan isu ini dengan bukti gambar dan membangkitkan isu itu kepada pihak Golden Screen Cinemas (GSC).
Dua gambar yang dimuat naiknya itu didakwa menunjukkan instafamous Ameera Khan menerusi IG Story menyiarkan beberapa klip daripada filem House of Gucci lakonan Lady Gaga dan Adam Driver.
Tiga tahun lalu, kakaknya Neelofa melakukan aksi yang sama.
BACA SINI: Neelofa Under Fire For Sharing Lion King Movie Clips
Sehubungan itu, GSC telah melaporkan isu tersebut kepada pengedar filem United International Pictures untuk tindakan selanjutnya.
United International Pictures are now aware of this for their further action. Thank you!
— GSC (@GSCinemas) January 5, 2022
Netizen mencadangkan agar pihak pawagam mengarahkan pekerja mereka untuk menggunakan cahaya laser sebagai isyarat memberi amaran bagi menghalang orang awam daripada melakukan perbuatan itu.
Langkah ini telah digunakan dalam Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO) dan Istana Budaya. Setakat ini, taktik ini berfungsi.
GSC kena ada staff buat laser point as warning ⚠️ to audience yg try to record mcm dekat istana budaya .
— J (@holycraptt) January 5, 2022
They shud have a system whereby kalau ada org buat mcm ni, movie auto stop. Lampu spotlight on dan focus kat org yg rakam tu. Haaaa. Pastu baru la xda org akan buat lg. 😅😅😅
— Syed Mohd Zamir (@zamirsg) January 5, 2022
Kenapa rakam klip di dalam panggung wayang tidak disarankan?
Empat tahun lalu, GSC menyiarkan di Instagram Story untuk menjelaskan mengapa penonton wayang digesa berhenti merakam di pawagam.
Rakaman secara haram di pawagam boleh menyebabkan pengedar filem hilang kepercayaan terhadap pasaran Malaysia dan mereka mungkin menarik filem mereka dari negara ini.
Langgar Peraturan.
Ya, memang menarik untuk merakam klip pendek filem-filem terbaharu yang anda tonton di pawagam dan memaparkannya di media sosial.
Walau bagaimanapun, anda mungkin ingin berfikir sejenak.
Ini kerana di bawah Seksyen 43A Akta Hak Cipta 1987 – individu yang bersalah melakukan sebarang rakaman audiovisual di dalam bilik tayangan secara keseluruhan atau sebahagian boleh didenda tidak kurang RM10,000 dan tidak lebih RM100,000, atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali.
Menurut Ask Legal, percubaan untuk merakam filem juga boleh dihukum denda antara RM5,000 hingga RM50,000 atau penjara sehingga 1 tahun atau kedua-duanya sekali.
Jika anda ditangkap dan didakwa di bawah undang-undang berkenaan, anda mungkin tidak boleh menonton filem di pawagam untuk jangka masa yang lama.
Jadi, fikir dulu sebelum buat. Okay?
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.
I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.