Now Reading
Geng Mekanik Tawar Bantuan Baiki Motosikal Untuk Mangsa Banjir. Terbaiklah!

Geng Mekanik Tawar Bantuan Baiki Motosikal Untuk Mangsa Banjir. Terbaiklah!

Sebanyak 250 buah motosikal telah dibaiki secara percuma dengan menggunakan dana yang diterima dalam kalangan geng mekanik ini sendiri iaitu sebanyak RM15,000.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Banjir yang berlaku di beberapa buah negeri di Malaysia sememangnya mengejutkan ramai pihak ekoran dari hujan lebat yang berterusan sejak 17 Disember 2021.

Bencana alam ini turut memberi kesan kepada mangsa kerana segala harta benda tidak sempat diselamatkan.

Oleh disebabkan itu, pastinya banyak kerosakan yang berlaku pada alatan elektronik seperti peti ais, televisyen, komputer riba dan sebagainya. Termasuklah kenderaan seperti motosikal, kereta, van, lori, serta lain-lain.

BACA JUGA: TNB Kongsi Panduan Keselamatan Elektrik Di Kawasan Banjir

Ketika itu, nyawa lebih penting.


Tawar servis baiki motosikal secara PERCUMA untuk mangsa banjir

Prihatin dengan nasib yang melanda segelintir individu yang terkesan akibat banjir, sekumpulan anak muda dari Kluang Johor ini sanggup menawarkan servis percuma untuk membaiki motosikal yang ditenggelami air banjir.

Memetik laporan media, geng mekanik ini dikatakan ingin membantu namun mereka ingin melakukan sesuatu di bawah bidang mereka – iaitu membaiki motosikal.

Bahkan, mereka turut menggunakan dana di kalangan mereka sendiri sebanyak RM15,000 untuk merealisasikan misi bantuan ini.

Nak bagi bantuan lain bukan bidang kita. Jadi kami rancang dalam kalangan geng mekanik yang ada bengkel di sini. Kami kutip dana dalam kalangan kawan-kawan je.

Shah Agil Supaat, 36 – wakil kumpulan geng mekanik kepada MStar.

250 biji motosikal telah dibaiki

Shah memberitahu mStar bahawa dalam kalangan geng mekanik tersebut telah berjaya membaiki lebih kurang 250 biji motosikal setakat ini.

Walau bagaimanapun jelasnya lagi, beberapa buah motosikal tidak dapat diselamatkan akibat mengalami kerosakan yang teruk kerana ditenggelami air banjir.

Malah, ada juga yang mengambil kesempatan untuk menerima servis percuma ini.

Mulia sungguh hati mereka.

Walau tidak dapat membantu dengan cara lain, mereka masih berusaha dengan menghulurkan bantuan dengan cara yang berbeza.

Itu pun dikira pahala juga kerana membantu orang lain tanpa mengira latar belakang.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd