Now Reading
[Video] Netizen Puji Rider Pantas Bak Kilat Untuk Selamatkan Nyawa Bayi

[Video] Netizen Puji Rider Pantas Bak Kilat Untuk Selamatkan Nyawa Bayi

Berderau darah bila tengok bayi yang sedang terluncur. Tapi dengan kehadiran rider sepantas kilat, nyawa bayi tersebut dapat diselamatkan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


“Faith in humanity restored!”

Sebut sahaja ‘Rider’ atau ‘Mat Motor’, perkara pertama akan singgah di fikiran setiap individu pastinya tentang kebaikan dan pengorbanan yang sering dilakukan oleh golongan ini.

Contohnya, pada hujung bulan Disember lalu – ramai rider yang datang ke Hulu Langat bagi membantu mangsa yang terjejas akibat banjir di kawasan tersebut.

Malah, Ada juga yang sanggup datang dari Sunway ke Hulu Langat semata-mata nak ikut bagi bantuan kepada mangsa banjir.

Jauh tu, tapi mereka sanggup. Tabiklah!

BACA LANJUT: [Video] Netizen Bangga Geng ‘Rider’ Hulur Bantuan Mangsa Banjir Di Hulu Langat


Rider sepantas kilat selamatkan bayi dalam insiden tragik

Bak ‘The Flash!’

Satu kejadian rider selamatkan bayi dalam baby walker yang dilihat sedang terluncur di kawasan berbukit telah menarik perhatian warganet baru-baru ini.

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku pada 14 September 2020 di Columbia.

“Lepas motor, campak beg dan bertindak,’ tulis netizen setelah menonton klip pendek rakaman CCTV tersebut.

Berderau darah bila tengok bayi yang sedang terluncur. Tapi dengan kehadiran rider sepantas kilat, nyawa bayi tersebut dapat diselamatkan.

Walaupun video rakaman CCTV tersebut sudah lama tular, warganet dilihat masih memperkatakan tentang kepantasan rider itu. Malah, ada juga yang melakukan karya seni bagi memberi penghormatan buat rider berkenaan.

Cantik pula karya seni yang dicipta ini.

Laju betul refleks dia!

Kejadian ini turut memberikan ruang buat warganet meninggalkan komen tentang reaksi mereka terhadap apa yang dilihat. Rata-rata memberikan pujian terhadap rider tersebut.

Mana tidaknya, tak semua orang mampu berbuat sedemikian.

Kesimpulannya, tak kisahlah kejadian ini berlaku di Malaysia atau luar negara – pengorbanan abang-abang rider di luar sana sememangnya layak diberikan penghormatan dan penghargaan.

Rata-rata mereka sanggup membahayakan nyawa demi menyelamatkan seseorang mahupun memudahkan kerja orang lain.

BACA JUGA: Help Control Traffic Congestion, ‘Mat Motor’ Praised By Netizens

TABIK!


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd