Now Reading
[Video] Netizen Risau Tengok Budak ‘Selamba’ Duduk Bawah Treler Di Lampu Isyarat

[Video] Netizen Risau Tengok Budak ‘Selamba’ Duduk Bawah Treler Di Lampu Isyarat

Kanak-kanak itu dipercayai bukan warga tempatan dan berasal daripada kumpulan Etnik Palauh.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Boleh dikatakan setiap kanak-kanak ada perangai berbeza. Ada yang jenis nakal dan suka buat aktiviti ‘mencabar’.

Boleh tahan ‘mencabar’ kesabaran ibu bapa juga nak melayan kerenah mereka.

Pernah tular di media sosial sebelum ini apabila beberapa orang kanak-kanak duduk di atas tingkap sebuah kereta yang sedang bergerak laju.

Uish, bahaya tu!

BACA JUGA: Pemandu Ditahan Selepas Biarkan Kanak-kanak Buat Aksi Bahaya

Budak main bawah treler

Menerusi perkongsian video dimuat naik oleh pengguna TikTok @dato69nadi77, ramai yang agak ‘seriau’ melihat aksi bahaya dilakukan oleh seorang kanak-kanak di Lahad Datu, Sabah.

Mana tidaknya, kanak-kanak itu dilihat sedang duduk siap boleh bergoyang kaki di bawah sebuah treler yang sedang berhenti di lampu isyarat jalan raya.

Kanak-kanak itu juga dilihat hanya berkaki ayam sahaja.

https://www.tiktok.com/foryou?_d=secCgwIARCbDRjEFSADKAESPgo8jkftTsWlEgAt110XvMIqMWX1%2F0uCua2WP47L8MGOLTPwEZhyE1llIxj9v4onndMqgUUG1vWETO7YBUVtGgA%3D&_r=1&is_from_webapp=v1&item_id=7046984837374250267&language=en&mid=6969229605471258625&preview_pb=0&region=MY&share_app_name=tiktok&share_item_id=7046984837374250267&source=h5_t&timestamp=1640912758&u_code=dbg7j3706lab9c&user_id=6809102996343342081&utm_campaign=client_share&utm_medium=android&utm_source=copy#/@dato69nadi77/video/7046984837374250267

Kita yang tengok pula jadi risau. Takut kalau dia tiba-tiba terjatuh ketika itu bergerak selepas lampu isyarat bertukar hijau.

Rupanya ada sebab kenapa tak ditegur

Boleh dikatakan ramai yang risau tengok kanak-kanak itu selamba duduk di bawah treler besar tersebut.

Ada juga netizen mempersoalkan tindakan pemilik video yang hanya merakam dan tidak menegur perbuatan bahaya kanak-kanak itu.

Namun, ada beberapa rakyat Sabah yang memberitahu bahawa kejadian seperti ini adalah normal dan agak bahaya sekiranya ingin menegur mereka.

Kanak-kanak itu juga dipercayai bukan warga tempatan dan berasal daripada kumpulan etnik Palauh.

Untuk pengetahuan anda, etnik Palauh adalah satu-satunya kumpulan manusia di rantau ini yang tidak bernegara.

Mereka tinggal di dalam bot atau pondok yang dibina di atas air dan sering berpindah- randah di perairan Filipina dan Indonesia.


Bila ditegur, takut membahayakan keselamatan kita. Tapi bila dibiarkan, kita pula yang risau dengan keselamatan mereka.

Jadi nak tak nak, kita sendiri yang kena berhati-hati apabila terjumpa dengan kumpulan etnik ini.

Harapnya pihak kerajaan Sabah boleh ambil tindakan sewajarnya bagi membendung perkara yang tidak diingini berlaku.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd