Now Reading
[Video] Lebih 3.2 Juta Tontonan, Wanita Ini Kongsi Rakaman CCTV Penjaga Campak Kucing Peliharaan

[Video] Lebih 3.2 Juta Tontonan, Wanita Ini Kongsi Rakaman CCTV Penjaga Campak Kucing Peliharaan

Dia ingat kucing-kucing itu mainan dan tak bernyawa agaknya. Tak ada hati perut betul.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Pernah tak dengar kes di mana kucing diseksa sehingga cedera? Boleh kata selalu jugalah terjadi. Bahkan sebelum ini ada juga kes seekor kucing pernah disimbah minyak panas oleh seorang jiran sehingga melecur kulit haiwan tersebut.

BACA SINI: Kucing Peliharaan Disimbah Minyak Panas Dengan Jiran Sehingga Luka

Malah, ada juga yang sanggup langgar kucing dengan selamba!

Tak ada hati perut agaknya.

Comel macam ini pun orang nak cederakan. Kenapa? 🙁
(Kredit: Iluminasi)

Tular rakaman CCTV dedah perangai sebenar penjaga kucing

Baru-baru ini menerusi sebuah video di TikTok, seorang wanita @rosella_rosell mendedahkan perangai sebenar penjaga kucing-kucing peliharaannya yang dilihat mencampak ‘anak-anaknya’ itu ke dalam sangkar ketika ketiadaannya di rumah berikutan pulang ke kampung.

Paling dahsyat, cara dia campak kucing itu seolah-olah haiwan itu tak bernyawa.

Kasar pula tu.

@rosella_rosell

Aku mmg xboleh terima manusia gini gaya… kau nk lepas geram bebal ke ape boleh x jgn dekat anak2 aku?!!! Pakkal aq balik kg lama jerr 😭😭😭

♬ original sound – Rosella_rosell

Menurut wanita itu lagi, dia mendedahkan ada lagi beberapa kerja lain dibuat oleh penjaga kucing itu yang membuatkan dia menggigil tangan. Malah, setelah melihat rakaman CCTV itu, dia terus bertindak menghubungi jiran di sebelah rumah untuk membantu tengokkan kucing-kucing peliharaannya itu.

Mana taknya, berderau darah bila tengok kucing diperlakukan sedemikian.

Kredit: TikTok @rosella_rosell

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di Pangsapuri PDRM, Klang. Suspek membawa gelaran ‘Mak Siti’ dan amat dikenali ramai di kawasan tersebut.

Tapi siapa sangka, belakang tuan empunya diperlakukan benda tidak elok.

Kredit: TikTok @rosella_rosell

Netizen mula berang.

Kes ini turut mendapat perhatian orang ramai yang juga berasa tidak berpuas hati dengan apa yang dilakukan oleh penjaga kucing tersebut.

Siap ada yang suruh buat laporan.

Malah, ada juga yang membandingkan jika dia dibayar untuk menjadi pengasuh kanak-kanak, agaknya dicampak juga budak yang tak bersalah tu.

Kredit: TikTok @rosella_rosell
Kredit: TikTok @rosella_rosell
Kredit: TikTok @rosella_rosell
Kredit: TikTok @rosella_rosell

Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd