Now Reading
Pemandu Ditahan Selepas Biarkan Kanak-kanak Buat Aksi Bahaya

Pemandu Ditahan Selepas Biarkan Kanak-kanak Buat Aksi Bahaya

Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 336 Kanun Keseksaan (Akta 574) dan Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001 – Penganiayaan kerana mengabaikan keselamatan kanak-kanak.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Boleh dikatakan setiap kanak-kanak ada perangai berbeza. Ada yang jenis nakal dan suka buat aktiviti ‘mencabar’.

Boleh tahan ‘mencabar’ kesabaran ibu bapa juga nak melayan kerenah mereka.

Pernah tular di media sosial sebelum ini apabila seorang kanak-kanak lelaki dilihat berada di bahagian belakang kereta jenis 4×4 secara bersendirian ketika kenderaan itu sedang berhenti di lampu isyarat.

BACA JUGA: [Video] Netizen Risau Budak Lelaki Main Seorang Diri Di Belakang Kereta Bergerak

KIta yang tengok pula jadi takut.

Oleh disebabkan itu, ibu bapa kena selalu perhatikan tingkah laku anak-anak, tak kiralah di rumah ataupun di mana sahaja demi menjaga keselamatan mereka.

Duduk atas tingkap kereta di jalan raya

Baru-baru ini, seorang wanita telah ditahan oleh pihak polis selepas dilihat membiarkan tiga orang kanak-kanak melakukan aksi bahaya di jalan raya.

Dalam video yang dimuat naik di di Facebook Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik PDRM, kejadian menunjukkan beberapa orang kanak-kanak sedang duduk di atas tingkap sebuah kereta yang sedang bergerak laju di Jalan Reko, Kajang.

Memetik laporan, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman mengesahkan bahawa tiga orang kanak-kanak itu merupakan anak saudara kepada pemandu terbabit.

Berikutan itu, seorang wanita yang merupakan pemandu kenderaan tersebut ditahan di sebuah rumah di Kajang dan dibawa ke Balai Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang untuk tindakan selanjutnya.

Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 336 Kanun Keseksaan (Akta 574) dan Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001 – Penganiayaan kerana mengabaikan keselamatan kanak-kanak.

Pihak JSPT turut berterima kasih kepada orang ramai yang telah menyalurkan maklumat berhubung kejadian di media sosial. Dengan cara ini, tindakan undang-undang boleh dikenakan kepada pesalah yang melanggar peraturan di jalan raya.

Risau kalau ada motor lalu di tepi

Video tersebut membuatkan ramai yang tidak senang hati. Walaupun bukan ahli keluarga mereka tetapi aksi itu sememangnya membahayakan nyawa.

Tak boleh bayangkan kalau tiba-tiba ada motor yang laju sedang bergerak dan tidak perasan kewujudan budak tersebut.

Kita pula yang meremang bulu roma.

Kredit gambar: Facebook Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik PDRM
Kredit gambar: Facebook Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik PDRM
Kredit gambar: Facebook Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik PDRM

Sebagai orang yang lebih dewasa, ada masa kita memang perlu memberi teguran kepada mereka jika perbuatan yang dilakukan itu boleh membahayakan keselamatan.

Biar anak-anak menangis daripada ibu bapa yang menangis.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd