Now Reading
Anggota Polis Didakwa ‘Kebas’ Makanan Mangsa Banjir Yang Dipesan Menerusi GrabFood

Anggota Polis Didakwa ‘Kebas’ Makanan Mangsa Banjir Yang Dipesan Menerusi GrabFood

Setelah penat lelah berjalan satu jam dari rumah dan mengharungi banjir untuk mengambil makanan yang dipesan menerusi GrabFood, bila sampai tengok makanan dah habis dimakan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Vaishnavi merupakan penduduk Taman Sri Muda yang terjejas teruk akibat banjir. Seperti orang lain yang terkandas di kawasan perumahan, dia dan keluarganya hanya mempunyai bekalan terhad yang tidak rosak akibat ‘ditelan’ air banjir.

Oleh kerana keluarganya masih belum makan sepanjang hari, dia akhirnya memutuskan untuk memesan makanan menerusi GrabFood.

BACA JUGA: Pengguna Grab Boleh Salur Bantuan Kepada Mangsa Banjir Guna GrabRewards

Walau bagaimanapun, apabila rider Grab sampai di lokasi – Vaishnavi diberitahu untuk pergi mengambil makanan yang dipesan di khemah polis sejauh satu jam. Ini kerana rider Grab tersebut tidak dapat menghantar makanan ke kawasan kediaman yang dinaiki air.

Tiada pilihan lain, Vaishnavi terpaksa menempuhi perjalanan yang memakan masa selama satu jam itu. Tapi malangnya, makanan yang dipesan tiada di situ setibanya dia di khemah tersebut.

Dipercayai dimakan oleh anggota polis

Menurut catatan yang dikongsi oleh sepupu Vaishnavi yang kini telah dipadamkan, pesanan makanan itu didakwa dimakan sepenuhnya oleh anggota polis yang bertugas di khemah tersebut.

Vaishnavi kecewa lalu berhadapan dengan anggota polis berkenaan tentang perkara itu. Dia yakin makanan yang dimakan oleh mereka adalah miliknya kerana resit pesanannya masih ditampal di plastik.

The police guys told me to balik beacause it’s not safe to stand there. They covered the story that way.

Vaishnavi.

Persoalnya lagi, siapa yang perlu dipersalahkan di sini?

Dengan keadaan lapar dan penat, dia terpaksa berjalan satu jam lagi demi mencari makanan untuk keluarganya yang berada di rumah.

Vaishnavi dan keluarga kemudiannya hanya menerima bantuan dan makanan daripada NGO dan sukarelawan, namun masih belum menerima sebarang bantuan daripada kerajaan. Nasib baik, mereka telah menerima bekalan yang diperlukan dan mula bangkit daripada keadaan banjir.

Sepupu Vaishnavi memberitahu TRP bahawa keluarga itu kini sedang sibuk membersihkan rumah mereka dan belum sempat membuat laporan polis susulan kes berkenaan.

TRP juga telah menghubungi PDRM untuk mendapatkan ulasan lanjut.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd