Now Reading
Netizen Puji Wartawan Kreatif Buat Laporan Di Kawasan Terkesan Banjir

Netizen Puji Wartawan Kreatif Buat Laporan Di Kawasan Terkesan Banjir

Bukan selalu kita tengok wartawan bergerak ke sana sini ketika membuat liputan di lokasi.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Buat mereka yang tidak berkesempatan untuk turun ke lokasi banjir di sekitar Selangor, televisyen merupakan salah satu sumber untuk mendapatkan maklumat terkini.

Baru-baru ini, video seorang wartawan menjadi perhatian ramai di Twitter apabila caranya membuat laporan di kawasan banjir mendapat pujian.

Kebiasaannya kita melihat wartawan akan berdiri statik sambil memberi laporan, namun lain pula dengan wartawan dikenali sebagai Juliana Sharin ini.

Dia dilihat memberi laporan dengan lancar sambil bergerak dari satu kawasan ke kawasan yang lain.

Kredit: Twitter @sheikhraffie

Laporan berita seperti ini menarik perhatian kerana dalam pada masa yang sama, penonton juga boleh melihat sekitar kawasan yang terjejas akibat banjir.

Walaupun dilihat bergerak ke sana sini, suaranya juga masih jelas kedengaran tanpa ada sebarang gangguan.

Boleh lihat video penuh DI SINI.

Ramai puji cara laporan yang kreatif

Hasil tinjauan kami mendapati rata-rata warganet yang melihat klip video tersebut memuji cara penyampaiannya bersifat matang dan kreatif

Ada juga yang teruja melihat wartawan itu berlari ke sana sini.

Kredit: Twitter @sheikhraffie
Kredit: Twitter @sheikhraffie
Kredit: Twitter @sheikhraffie

Wartawan Juliana Sharin

Wartawan ini yang bekerja di bawah syarikat TV3 sememangnya mempunyai penyampaian berita yang unik.

Sebelum ini, dia pernah merangkul hadiah utama kategori video berita terbaik daripada Hadiah Kewartawanan Malaysia (HKM) Malaysia Press Institute (MPI) – Petronas ketika membuat laporan tentang kisah Lalok Gam.

Menurutnya, kemenangan ini membuatkan dia berazam untuk menghasilkan lebih banyak laporan berjiwa rakyat kepada masyarakat.


Best juga dapat tengok gaya penyampaian berita yang macam ni. Kita sebagai penonton pun teruja nak tengok.

Good job Juliana Sharin!


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd