[Video] McDonald’s Letak Basikal Buat Pelanggan ‘Bersenam’ Sambil Makan Burger
Makan burger sambil bersenam bakar kalori, baru hilang rasa ‘serba salah’ terhadap diri sendiri.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Klip video viral menunjukkan restoran McDonald’s menyediakan basikal senaman buat para pelanggan telah meraih perhatian orang ramai sejak kebelakangan ini. Mana tidaknya, RARE betul.
Lokasi cawangan restoran tersebut dipercayai di China.
Basikal senaman itu dilaporkan tersedia oleh pihak McDonald’s khas buat pelanggan menikmati menu burger terkenal iaitu Big Mac, sambil bersenam.

Kiranya sambil makan, makan bakar kalori.
Menerusi video TikTok yang dimuat naik oleh @cris13yu, wanita di dalam video tersebut dilihat duduk di atas basikal sambil mengayuh dan menikmati burger serta air yang hadir bersama set menu itu.
Nampak memang layan je, tapi kalau kayuh terlalu cepat, boleh muntah kot.
@cris13yu mc da China kkkk amei a ideia
♬ som original – cris13_u
Setakat artikel ini ditulis (22 Disember), video tersebut telah berjaya meraih lebih 34.7 juta tontonan.
Ternyata, ramai juga yang kagum.
Pelanggan lain turut buat perkara sama.
Jika dilihat kembali video tersebut, jejaka yang duduk di tepi wanita tersebut turut melakukan perkara yang sama.
Makan burger sambil mengayuh.
Mereka berdua dilihat menikmati menu burger sambil mengayuh tanpa menghiraukan orang-orang di sekeliling. #MindingOwnBusiness.
Kalau macam ini, kalori pun ‘confuse’ nak naik ke turun?
Warganet beri komen kelakar.
Susulan tularnya video tersebut, tinjauan komen menerusi video itu juga turut menghiburkan. Komen-komen dari warganet ternyata tidak pernah menghampakan.
Ada je yang nak diperkatakan. Lawak, ya.



Sebenarnya konsep ini memang menarik. Malaysia tak nak cuba?
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.
Siti Murni Azman is a Malaysian journalist and editor currently serving as Head Writer and Assistant Editor for The Rakyat Post BM. Known for her relatable and distinctly local storytelling, she frequently covers lifestyle topics including food, café culture, entertainment, consumer trends, and viral social conversations, while also contributing across multiple editorial pillars. Before joining The Rakyat Post, she was involved in social media marketing for AirAsia BIG Rewards, where she worked on digital campaigns and audience engagement. Beyond editorial work, she also manages sponsored content and client collaborations, working closely with brands on digital storytelling tailored for Malaysian audiences.

