Staf Lovisa KLCC Merangkak Untuk Bersih Lantai Undang Kemarahan Netizen
Pengurus kedai didakwa tidak melakukan apa-apa walaupun selepas aduan dibangkitkan.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Seorang pengguna Twitter iaitu @Nicholas Gomez terkejut setibanya di kedai barangan aksesori wanita iaitu Lovisa di KLCC dan mendapati kakitangan baharu pada ketika itu berada di peringkat tangan dan lututnya.
Pekerja sambilan itu sedang menyental seluruh lantai kedai dengan tisu basah tanpa sebarang peralatan keselamatan yang sesuai – seperti sarung tangan pakai buang.
Malah, papan tanda untuk memberi amaran kepada pelanggan tentang bahaya tergelincir dan tersandung juga tidak disediakan.
Ini kalau pelanggan jatuh, memang akan jatuh terduduk di situ. Bahaya.
Pekerja itu juga didakwa terpaksa mendongak dari lantai untuk menjawab soalan pelanggan yang membuatkan pelanggan tidak selesa dan janggal dengan keadaan seperti itu.

(Kredit: Nicholas Gomez/Twitter)
Nicholas yang juga pelanggan setia di kedai itu menganggap bahawa wanita tersebut adalah pekerja baharu kerana sebelum ini dia dan isterinya tidak pernah melihatnya.
Dia juga menegaskan tidak pernah melihat mana-mana staf sedia ada atau terdahulu yang membersihkan kedai berkenaan sehingga begitu rupa.
Nicholas kemudian bertindak menegur pengurus di kedai tersebut namun aduannya seperti tidak diendahkan.
Ramai yang terkejut
Tidak dinafikan, kejadian seperti ini sememangnya tidak patut berlaku kepada mana-mana pekerja di mana-mana kedai sekalipun. Ianya menampakkan seolah-olah contoh di mana pekerja tersebut dibuli di tempat kerjanya sendiri.

Segelintir warganet turut mengatakan bahawa rakyat Malaysia membuat habit di mana mereka akan ‘menutup sebelah mata’ dengan kejadian atau kes-kes seperti ini di tempat kerja.
Malah, lebih parah apabila sesetengah pekerja menerima nasib malang dan tidak adil seperti ini gara-gara tiada individu yang pernah membuka mulut untuk melaporkan kepada pihak atasan.
See something say something DO something! Too often have we kept silent when we see folks being mistreated/ bullied cuz we’ve always been told “jgn jaga tepi kain org”.
— Grace Kau (@gksyin85) December 21, 2021
Nota: TRP telah menghubungi pihak Lovisa untuk mendapatkan ulasan lanjut mengenai isu ini.
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.
Siti Murni Azman is a Malaysian journalist and editor currently serving as Head Writer and Assistant Editor for The Rakyat Post BM. Known for her relatable and distinctly local storytelling, she frequently covers lifestyle topics including food, café culture, entertainment, consumer trends, and viral social conversations, while also contributing across multiple editorial pillars. Before joining The Rakyat Post, she was involved in social media marketing for AirAsia BIG Rewards, where she worked on digital campaigns and audience engagement. Beyond editorial work, she also manages sponsored content and client collaborations, working closely with brands on digital storytelling tailored for Malaysian audiences.