Now Reading
YB Beri Amaran 6 Bulan Sebelum Banjir Tapi Tiada Tindakan Dari Kerajaan

YB Beri Amaran 6 Bulan Sebelum Banjir Tapi Tiada Tindakan Dari Kerajaan

YB Nurul Izzah sudah membincangkan tentang isu banjir di kala pandemik sejak Julai lalu di Parlimen.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Bencana banjir boleh dikatakan berlaku hampir setiap tahun di beberapa buah negeri terutamanya di negeri Pantai Timur seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Namun, banjir yang berlaku di Selangor pada musim tengkujuh ini memang mengejutkan ramai pihak ketika berlakunya hujan secara berterusan sejak Jumaat (17 Disember) tidak berhenti selama tiga hari berturut-turut.

Banjir di Selangor menyebabkan ramai yang terkandas di rumah masing-masing sehingga terpaksa memanjat ke atas bumbung untuk menyelamatkan diri.

Dilaporkan ada beberapa mayat mangsa ditemui selepas lemas dan tidak sempat menyelamatkan diri ketika terperangkap dalam banjir.

BACA JUGA: 7 Dead and 1 Still Missing During Flood Confirmed Selangor Authorities

Banjir sudah dijangka tapi tiada tindakan

Fenomena banjir ketika musim pandemik sebenarnya perlu diberi perhatian kerana akan melibatkan keselamatan dan kesihatan masyarakat.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Permatang Pauh YB Nurul Izzah pernah membincangkan tentang hal ini di Parlimen pada bulan Julai yang lalu.

Nurul Izzah mempersoalkan tindakan kerajaan tentang persiapan menghadapi banjir ketika negara masih bergelut dalam melawan Covid-19.

Beliau menggambarkan isu fenomena banjir di kala pandemik sebagai sekali seumur hidup dan situasi ini sepatutnya diambil peluang oleh pihak kerajaan untuk membuktikan bahawa mereka mampu mengendalikannya dengan baik.

Namun, kesiapsagaan ini nampaknya tiada dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Boleh lihat video penuh DI SINI.

ADUN Selangor bengang kerja pemasangan pam tidak diteruskan

Isu ini bukan sahaja dibincangkan oleh YB Nurul Izzah sahaja, malah ADUN Selangor YB Ganabatirau Veraman juga pernah menjangkakan isu banjir yang bakal berlaku di Selangor.

Sebelum ini, Ganabatirau pernah ‘menghentam’ Pegawai Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor pada Oktober lalu kerana gagal menunaikan janji mereka untuk membina pam di kawasan yang mudah banjir iaitu di Taman Sri Muda, Shah Alam.

Menurut Ganabatirau, pihak JPS sepatutnya telah memulakan kerja-kerja pemasangan pam bermula Julai lalu tetapi dihentikan kerana didakwa tidak mendapat kebenaran daripada pihak Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Menurutnya, pam yang sedia ada juga tidak berfungsi kerana tiada diesel yang menggerakkan pam di kawasan Taman Sri Muda.

Selepas aduan dibuat kepada pihak JPS untuk mengisi diesel pada pam berkenaan, secara tiba-tiba pihak mereka membawa keluar pam tersebut dengan alasan alat itu sudah rosak pula.

Maka, tiada lagi pam air di kawasan Taman Sri Muda.

Berikutan itu, banjir teruk berlaku di kawasan tersebut.

Ganabatirau turut bengang apabila ada pihak yang sengaja memutar belit dengan mengaitkan hal ini dengan unsur perkauman.

Kini, baru kita sedar bahawa apa yang ditegaskan oleh YB Ganabatirau dan YB Nurul Izzah itu ada betulnya.

Kerajaan seharusnya mempunyai pelan strategik untuk menangani isu banjir yang bakal berlaku ini selepas dibincangkan di Parlimen. Namun, nasi sudah menjadi bubur.

Hikmah di sebalik banjir ini dapat dilihat bahawa rakyat Malaysia saling bantu-membantu antara satu sama lain tanpa mengira kaum dan agama.

Syabas rakyat Malaysia!

BACA JUGA: #DaruratBanjir Didn’t Deter Malaysians Who Stuck Together Through Tough Times


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd