[Video] Pengantin Dipuji Agih Lauk Kenduri Pada Mangsa Banjir
Pengantin dan pihak katering turut sama-sama memasak dan mengagihkan lauk kenduri kahwin kepada mangsa banjir di Meru, Klang.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Bila tiba hujung tahun, boleh dikatakan ramai yang merancang untuk mengadakan kenduri kahwin selepas sekian lama tertangguh akibat pandemik Covid-19.
Hampir setiap minggu mesti ada je jemputan dari kawan-kawan atau ahli keluarga terdekat yang melangsungkan perkahwinan.
Namun, kita hanya mampu merancang dan Tuhan yang menentukan.
Ini kerana majlis kenduri kahwin oleh pasangan pengantin ini bertukar sebaliknya selepas kawasan mereka dilanda banjir akibat hujan lebat yang tidak berhenti sejak Jumaat (17 Disember).
Sedekah makanan kenduri kepada mangsa banjir
Menerusi video dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok @erinerene, satu majlis perkahwinan pasangan pengantin pada Ahad (19 Disember) terpaksa dibatalkan akibat banjir.
Apa yang menjadi perhatian adalah apabila pasangan pengantin itu mengambil keputusan untuk mengagihkan makanan katering yang sudah ditempah kepada mangsa banjir di pusat pemindahan di Sekolah Menengah Meru, Klang, Selangor.
Pihak katering dari Grand Gerbang Hall turut turun padang untuk memasak makanan buat mangsa banjir di Meru, Klang.
Boleh lihat video penuh DI SINI.
Menerusi tweet yang dimuat naik oleh salah seorang pihak katering, dia menceritakan bahawa pihak pengantin dan katering telah sama-sama bersetuju untuk memberi lauk kenduri tersebut kepada mangsa banjir di pusat pemindahan.

Ramai doakan pengantin diberkati
Hasil tinjauan kami mendapati rata-rata warganet terharu dan memuji tindakan pengantin itu yang prihatin untuk memberi bantuan makanan kepada mangsa banjir di Meru, Klang.
Selain itu, ramai yang turut mendoakan semoga perkahwinan pasangan ini diberkati dan dirahmati kerana telah membantu mangsa banjir.



Banyak pahala mereka tolong mangsa banjir. Mesti ramai yang akan ingat pada pasangan pengantin berkenaan.
Semoga pasangan ini diberkati dan dibalas dengan kebaikan.
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.