Pensyarah Dikecam Tetap Nak Teruskan Kelas Walaupun Banjir
Pensyarah berkenaan menganggap situasi banjir sebagai alasan dan kononnnya pelajar perlu mengambil inisiatif sendiri kerana boleh menjangkakan banjir setiap tahun.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Sejak hujan lebat turun tanpa henti pada Jumaat (17 Disember), banyak kawasan di Selangor telah terjejas akibat banjir yang berlaku secara tiba-tiba.
Kira-kira 50 jalan serta beberapa lebuhraya juga ditutup dan menyebabkan ramai pengguna jalan raya terkandas sehingga dua hari sementara menunggu bantuan tiba.
Pastinya ramai yang terkesan akibat banjir ini termasuklah urusan pembelajaran para pelajar di institusi pendidikan.
Walaupun situasi banjir yang tidak dijangka ini masih belum surut, namun kejadian ini dianggap remeh oleh seorang pensyarah universiti.
Katanya pelajar patut pilih duduk di universiti
Menerusi satu perkongsian tweet yang dimuat naik oleh @ZackAvaricious, seorang pensyarah dikatakan tetap berkeras untuk menjalankan kelas walaupun ada di antara pelajarnya yang terjejas dengan banjir.
Beberapa pelajar membuat aduan bahawa keadaan rumah yang ditenggelami air banjir tidak mengizinkan mereka untuk turut serta dalam kelas. Ada juga yang terputus bekalan elektrik akibat hujan lebat.
Mereka juga dilihat menghantar gambar banjir di kawasan rumah sebagai bukti.
Namun, pensyarah berkenaan menganggap semua itu cuma alasan dan kononnnya pelajar perlu mengambil inisiatif sendiri kerana boleh menjangkakan situasi banjir yang kerap kali berlaku setiap tahun.
Katanya pelajar mempunyai pilihan untuk tinggal di universiti kerana sudah boleh menjangkakan keadaaan banjir pada hujung tahun.
Namun, pemilik tweet tersebut menjelaskan bahawa bukan semua pensyarah bersikap sedemikian. Ada juga yang baik dengan pelajar.
Selangor pertama kali banjir teruk, bukan setiap tahun
Perkongsian tersebut meraih perhatian ramai dan pensyarah berkenaan dikecam kerana dikatakan tidak menunjukkan sifat empati dengan nasib pelajar.
Ada juga yang beri cadangan supaya pelajar membuat laporan tentang pensyarah berkenaan supaya tindakan dapat diambi oleh pihak pentadbiran.
Pelajar lain yang pernah belajar dengan pensyarah sama turut mendoakan semoga mereka ‘tabah’ mengharungi kelasnya.
Semua orang tak sangka banjir di Selangor akan jadi seteruk ini. Jadi harapnya para pensyarah pun dapat faham kalau ada sesetengah pelajar yang tidak dapat masuk ke kelas kerana keadaan yang tidak mengizinkan.
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.