Now Reading
Wanita Ini Trauma Tersedut Lipan Ketika Minum Bubble Tea

Wanita Ini Trauma Tersedut Lipan Ketika Minum Bubble Tea

Dua kali sedut, dapat boba. Tiga kali sedut, dapat LIPAN.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Pernah menjadi air viral suatu ketika dahulu, minuman bubble tea meraih tempat yang tinggi dalam kalangan masyarakat di seluruh negara.

Sebut sahaja bubble tea, pasti tahu nak pergi ke mana untuk membelinya.

Malah, beberapa tahun lalu juga wujudnya ‘bubble tea street’ di beberapa kawasan di Lembah Klang, dan banyak lagi tempat lain.

Bubble tea street di SS15, Subang Jaya, Selangor.
(Kredit: EdgeProp)

Pendek kata, kesemua jenama bubble tea ada terjual di sana.

BACA JUGA: Teen’s severe stomach ache turns out to be undigested boba pearls

Wanita di Singapura tersedut lipan

Menerusi satu laporan yang dikeluarkan oleh Mothership.sg, seorang wanita di Singapura baru-baru ini dilaporkan terkejut setelah tersedut lipan ketika menikmati minuman bubble tea.

YA, LIPAN. Bukan boba.

Kredit: Pinterest

Wanita tersebut yang tidak ingin dikenali telah menceritakan kepada media bahawa dia telah membeli secawan Caramel Milk Tea dengan harga S$3.30 (RM10.18) daripada Cup Walker di Dataran Sengkang pada 15 Disember lalu.

Cup Walker mempunyai cawangan kedua di Hougang Street 21, dan jenama itu telah berada di pasaran sejak 1998.

LIPAAAAAAAN!!
(Kredit: Mothership.sg)

Mengulas lanjut, wanita itu menjelaskan telah menyedut dua teguk dalam keadaan biasa.

….beberapa saat selepas itu dia merasakan sesuatu yang bukan seperti boba di dalam mulutnya.

Dia berfikirkan ianya adalah sehelai rambut.

Bila dia cuba untuk ludah, ternyata ianya merupakan seekor lipan kecil.


Telah ditawarkan minuman baru

Dia kemudiannya menghubungi pihak Cup Walker untuk memberitahu mereka tentang kejadian itu, dan seorang kakitangan menawarkan minuman baru kepadanya, tetapi dia menolak.

Kakitangan tersebut meminta maaf dan memberitahu bahawa mereka mungkin tidak menyedari binatang itu kerana terlalu kecil – lipan itu panjangnya sekitar 2cm.

Dia juga telah menghubungi Cup Walker dan Agensi Makanan Singapura (SFA) melalui e-mel untuk memaklumkan mereka tentang kejadian itu.

Sejak itu, dia berkata bahawa dia berasa “jijik dan trauma”, dan menegaskan bahawa dia tidak akan membeli minuman daripada Cup Walker lagi.


NOTA: Mothership telah menghubungi Cup Walker dan SFA untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kejadian itu dan akan mengemas kini artikel ini apabila telah mendapat maklum balas.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd