Now Reading
[Video] Lelaki Guna Ketam Untuk Ambil Baju Di Tingkat Bawah Buat Ramai Terhibur

[Video] Lelaki Guna Ketam Untuk Ambil Baju Di Tingkat Bawah Buat Ramai Terhibur

Tanpa tangga atau tangan yang cukup panjang, lelaki ini menggunakan ketam untuk mengambil baju di tingkat bawah.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Siapa sini suka makan ketam? Macam-macam lauk boleh buat dengan ketam ni.

Contohnya masak sambal, masak lemak cili padi, sup dan pelbagai lagi. Bila sebut pasal makanan ni memang terliur terus.

Tapi pernah tak anda terfikir yang ketam ini bukan sahaja boleh dibuat lauk, tetapi boleh juga membantu kita dalam urusan harian. Macam mana tu?

Guna ketam untuk angkat baju terjatuh

Menerusi satu video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok @reanalee05, seorang lelaki dilihat menggunakan ketam yang masih hidup untuk mengambil bajunya yang terjatuh di tingkat bawah.

Dalam video tersebut, ketam itu diikat menggunakan tali dan diturunkan secara perlahan-lahan.

Ditambah pula latar belakang lagu seperti dalam filem James Bond, memang feeling betul ketam itu mengambil baju menggunakan pengepitnya.

Macam dalam filem Mission Impossible pula kan?

Video berdurasi 44 saat itu berjaya meraih perhatian ramai sehingga mendapat 1.8 juta jumlah tontonan ketika artikel ini ditulis.

Komen netizen pun boleh tahan kelakar

Di ruangan komen, pelbagai reaksi dari netizen selepas melihat video berkenaan. Rata-ratanya terhibur dan memuji kreativiti lelaki tersebut.

Siap ada yang suruh jadikan ketam tersebut sebagai anak angkat. Mana tahu boleh ‘berbakti’ lagi pada masa akan datang.

Ketam tu pun pandai juga dia jalankan misi angkat baju.

Kredit: TikTok @reanalee05
Kredit: TikTok @reanalee05
Kredit: TikTok @reanalee05

NOTA KAKI: Kejadian ini berlaku di China, bukan di Malaysia ya!


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd