Now Reading
Legoland Tunaikan Hajat Pesakit Jantung Ke Taman Tema

Legoland Tunaikan Hajat Pesakit Jantung Ke Taman Tema

Kanak-kanak itu yang dikenali sebagai Mohamad Adam Amsyar meluahkan hasrat ingin ke Legoland Johor sebelum akhir hayatnya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Baru-baru ini, seorang pesakit jantung iaitu Mohamad Adam Amsyar meluahkan hasratnya ingin ke taman tema Legoland sebelum hayatnya berakhir.

Kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun itu memberitahu bahawa ayahnya yang merupakan seorang bapa tunggal bekerja keras untuk mencari duit lebih bagi menunaikan hajat terakhirnya.

Ayah ada janji untuk bekerja lebih keras demi nak bawa saya ke Legoland. Tapi, kalau tak dapat pergi pun tak apa sebab ayah sudah selalu gembirakan saya.

Mohamad Adam Amsyar.

Kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun merupakan salah seorang pesakit jantung terbalik yang sering sesak nafas serta keletihan akibat menderita penyakit jantung terbalik.

Bapa kepada kanak-kanak ini, Abdul Rahman Ahmad yang bekerja sebagai pemandu lori memberitahu bahawa penyakit itu mula dikesan ketika anak bongsunya berusia tujuh tahun.

Kredit: Berita Harian

Memetik laporan, doktor pakar yang merawat kanak-kanak ini memaklumkan penyakit tersebut jarang berlaku dan hanya tiga pesakit sahaja menderita masalah berkenaan di Malaysia.

Lebih menyayat hati adalah apabila doktor pakar berkenaan menjelaskan tiada apa-apa yang dapat dilakukan bagi mengatasi masalah ini dan hanya berpesan supaya selalu membuat pemeriksaan serta elakkan daripada keletihan.

Legoland bakal taja tiket untuk satu keluarga

Kredit: Legoland Malaysia

Selepas mendengar kisah tentang pesakit itu, pihak Legoland Malaysia berhasrat untuk menunaikan hajat kanak-kanak lelaki tersebut yang ingin mengunjungi taman tema berkenaan.

Pihak Legoland kini sedang menguruskan beberapa maklumat termasuk prosedur yang selamat bagi membolehkan mereka membawa Adam sekeluarga ke taman tema tersebut dalam masa terdekat.

Kami akan uruskan prosedur operasi standard (SOP) yang terbaik berikutan Adam yang tidak boleh berjalan jauh dan cepat letih. Insya-Allah impian kanak-kanak itu akan kami tunaikan dalam masa terdekat.

Legoland Malaysia.

Penyakit jantung terbalik

Pernah tak dengar penyakit jantung terbalik atau Mitral Valve? Masalah ini merupakan kecacatan jantung kongenital yang berlaku akibat injap mitral tidak dapat berfungsi dengan baik.

Injap mitral atau injap bikuspid pada jantung pesakit ini tidak ditutup sepenuhnya dan menyebabkan sebahagian darah mengalir semula ke dalam ruang atrium kiri. Kes seperti ini juga disebut sebagai injap jantung bocor.

Menurut kajian, pesakit yang mempunyai masalah ini tidak mempunyai jangka hayat yang lama.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd