Now Reading
Ebit Lew Selesai Umrah, Minta Orang Ramai Komen Di Facebook Jika Ada Hajat

Ebit Lew Selesai Umrah, Minta Orang Ramai Komen Di Facebook Jika Ada Hajat

Setakat artikel ini ditulis, kami mendapati lebih 2,000 komen telah ditinggalkan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Pendakwah bebas terkenal iaitu Ustaz Ebit Lew (UEL) kini difahamkan berada di Tanah Suci Mekah untuk mengerjakan umrah. Beberapa jam lalu, beliau telah memuat naik satu hantaran di Facebook memberitahu bahawa umrah pertamanya kini telah selesai.

Alhamdulillah.

Apa yang menarik perhatian orang ramai adalah UEL turut memberitahu jika ada sesiapa yang mempunyai hajat, boleh tuliskan di ruangan komen hantaran tersebut.

Alhamdulillah. Syukur. Selesai umrah pertama. Siapa ada hajat boleh tuliskan. Semoga Allah kabulkan doa kita semua. Allah Maha Pemurah dan Maha Penyayang sentiasa kabulkan semua doa.

Ustaz Ebit Lew (UEL) menerusi hantaran Facebook.

Masya-Allah, mulia sungguh hati seorang hamba Allah ini.

Ruangan komen dibanjiri hajat

Selain mendoakan kesejahteraan UEL, posting tersebut turut dibanjiri oleh komen-komen daripada warganet yang meluahkan hajat yang terpendam.

Pelbagai jenis hajat yang ditinggalkan. Ada yang mampu menitiskan air mata.

Setakat artikel ini ditulis, kami mendapati lebih 2,000 komen ditinggalkan.

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Kami mengucapkan semoga Ustaz Ebit Lew dikurniakan umrah yang mabrur dan sentiasa dilindungi oleh Allah SWT. Amin YRA.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd